Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NParks mahu teroka kerjasama dengan perusahaan sosial bangunkan ladang masyarakat

Singapura ingin membangunkan ladang-ladang masyarakat di kawasan perumahan, dengan bantuan perusahaan sosial. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2021 09:42PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 09:52PM

SINGAPURA: Singapura ingin membangunkan ladang-ladang masyarakat di kawasan perumahan, dengan bantuan perusahaan sosial.

Menurut Lembaga Taman Negara (NParks) ia sejajar dengan usahanya untuk meneroka cara-cara mengukuhkan bekalan makanan tempatan, di samping menyediakan pekerjaan bagi penduduk.

Menjadikan kegiatan menghasilkan makanan menerusi tanaman adalah idea di sebalik kerjasama NParks dengan perusahaan sosial, untuk meluaskan tanaman masyarakat.

Ini mungkin melibatkan usaha mewujudkan lebih banyak ruang untuk tanaman.

NParks berharap perusahaan sosial bukan sahaja dapat menarik minat warga tua dan golongan kurang upaya kepada kegiatan berkebun, malah menimba kemahiran yang memberikan mereka peluang pekerjaan dalam sektor itu.

Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata ia adalah sebahagian usaha Singapura mencapai matlamat menghasilkan 30 peratus keperluan berkhasiat negara, dalam masa sedekad.

Menurutnya, ia sejajar dengan strategi negara mengurangkan sisa makanan dan mengukuhkan bekalan makanan tempatan. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan