Skip to main content

Singapura

NParks jalankan siasatan selepas kucing ditemui mati di Yishun dengan kaki tidak dalam keadaan sempurna

Lembaga Taman Negara (NParks) menjalankan siasatan selepas seekor kucing ditemui mati di Yishun dengan kakinya diletakkan dalam keadaan tidak sempurna.

Anggaran Waktu Membaca:
NParks jalankan siasatan selepas kucing ditemui mati di Yishun dengan kaki tidak dalam keadaan sempurna

Satu bangkai kucing ditemui di Nee Soon dalam posisi yang tidak semula jadi pada 1 Jun 2025. (Gambar: Facebook/chnjanet)

Diterbitkan : 02 Jun 2025 10:09PM
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) menjalankan siasatan selepas seekor kucing ditemui mati di Yishun dengan kakinya diletakkan dalam keadaan tidak sempurna.

"NParks menerima maklum balas bahawa seekor kucing ditemui mati di bawah tangga di Yishun Street 51 dan sedang menyiasat perkara itu," ia menyatakan pada Isnin (2 Jun) dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

"Kami menggesa orang awam supaya tidak membuat spekulasi mengenai butiran kes dan membenarkan siasatan dijalankan."

Kejadian itu pertama kali dilaporkan pada Ahad (1 Jun) menerusi satu catatan di kumpulan Facebook 'Sayang Our Singapore's Community Cats' yang turut menyertakan gambar seekor kucing yang ditemui mati di tangga blok HDB.

Menurut poster itu, bangkai kucing itu ditemui di blok 510A di Yishun.

Petikan skrin satu kiriman teks menyatakan talian kecemasan beroperasi 24 jam telah dihubungi, namun tiada bantuan diberikan.

Mediacorp difahamkan bahawa talian bantuan 24 jam itu adalah nombor sebuah klinik haiwan swasta.

Menurut catatan tersebut, kejadian itu berlaku berdekatan blok di mana seekor lagi kucing ditemui mati di Yishun dengan kecederaan parah.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita