Skip to main content

Singapura

NParks jalankan kajian 15 bulan kumpul data kesan tumpahan minyak

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Oct 2024 08:18PM Dikemas Kini : 08 Oct 2024 11:32PM
SINGAPURA: Para penyelidik akan menjalankan pelan pemantauan nasional selama 15 bulan menerusi pengumpulan data di beberapa kawasan biodiversiti utama di Singapura.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha mengkaji kesan jangka panjang insiden tumpahan minyak di Terminal Pasir Panjang Jun lalu.

Selepas 400 tan minyak tumpah dan menyerap ke perairan dan pesisiran Singapura Jun lalu, lebih 2,300 sukarelawan berhempas-pulas untuk membersihkannya.

Selepas semua kawasan pantai dibuka semula kepada awam, langkah seterusnya adalah untuk memastikan kehidupan marin tempatan kembali semarak berkembang.

Lantas, usaha mengumpul data akan dipertingkat, dan menerusi maklumat yang terkumpul, Lembaga Taman Negara (NParks) akan menyarankan cara-cara pemulihan dan perlindungan kawasan biodiversiti utama di Singapura.

Ini termasuk Taman East Coast, kawasan Pantai Changi, Pulau Sentosa, Pulau Coney dan Kawasan Simpanan Alam Semula Jadi Labrador.

Bagi usaha selama lebih setahun itu, NParks ingin melatih seramai mungkin masyarakat umum yang berminat.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata: "Kami ingin melatih lebih ramai 'saintis awam' dari sekolah-sekolah kita, institut pengajian tinggi, kumpulan-kumpulan berkepentingan, serta orang awam untuk melakukan pemantauan keadaan pasang surut di pelbagai lokasi di Singapura.

"Ini kerana kami percaya, melindungi dan memulihkan sekitaran marin kita merupakan satu usaha bersama yang mana semua orang boleh memainkan peranan."
Sumber : CNA/IQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita