Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NParks buka taman kanak-kanak terbesar di Asia, lancarkan festival

Lembaga Taman Negara (NParks) membuka apa yang disifatkannya sebagai taman kanak-kanak terbesar di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
01:15 Min
Lembaga Taman Negara (NParks) membuka apa yang disifatkannya sebagai taman kanak-kanak terbesar di Asia.
Diterbitkan : 10 Nov 2017 05:18PM Dikemas Kini : 10 Nov 2017 10:19PM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) membuka apa yang disifatkannya sebagai taman kanak-kanak terbesar di Asia. Jacob Ballas Children's Garden di Taman Bunga Singapura kini diluaskan kawasannya seganda kepada empat hektar, selepas kerja-kerja meluaskan lagi dua hektar, menurut NParks hari ini (10 Nov).

Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua Kewangan Lawrence Wong merasmikan pembukaan kawasan perluasan taman tersebut.

Taman itu, sempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun, merangkumi daya tarikan dan program yang menumpukan anak muda berusia sehingga 14 tahun. Sebelum kerja-kerja perluasan dijalankan, ia hanya tertumpu kepada kanak-kanak hingga berusia 12 tahun.

Projek perluasan itu mengandungi empat zon baru yang membolehkan kanak-kanak untuk mengamati dan mempelajari mengenai sistem eko yang berbeza: berkebun, perhutanan, perairan dan dusun. Permainan di zon Perhutanan juga akan menyokong permainan antara kanak-kanak dengan keperluan khas dan yang tidak.

Encik Wong turut melancarkan festival Kanak-kanak, yang dilakukan sempena pembukaan perluasan taman tersebut. Ia akan mempamerkan lebih daripada 100 program pendidikan dan kegiatan di mana kanak-kanak boleh mempelajari dan meneroka alam semula jadi menerusi permainan, sesi bercerita, siasatan dan perjalanan.

Para pengunjung juga boleh menceburi kegiatan festival, persembahan, permainan karnival dan tayangan filem to Taman-Eko, dan pertunjukan hortikultur khas.

Festival itu berlangsung dari 11 November hingga 26 November.  

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan