NParks bawa keluar 4 kura-kura dari kebun masyarakat Ang Mo Kio selepas gambar kura-kura cedera tersebar online
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Guy Consigliere)
SINGAPURA: Empat ekor kura-kura di sebuah kebun masyarakat di Ang Mo Kio dipercayai sudah dibawa keluar oleh para pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) dalam masa beberapa jam selepas gambar seekor kura-kura yang cedera dimuat naik ke laman media sosial.
Gambar-gambar yang dipetik oleh anggota masyarakat yang prihatin, menunjukkan seekor kura-kura besar dengan dua tanda pada kulitnya yang kelihatan seperti luka.
Mediacorp juga sudah bertanya kepada NParks mengenai kes berkenaan dan jumlah kura-kura yang dibawa keluar daripada kebun tersebut.
Semasa menjawab pertanyaan itu, NParks pada Rabu (29 Mac) menyatakan, ia sedia maklum mengenai kura-kura yang cedera di Ang Mo Kio Industrial Park 2 dan kura-kura itu semakin "beransur pulih" di bawah jagaan NParks.
Punca kecederaan pada kura-kura itu dipertikaikan.
Menurut sesetengah anggota masyarakat, mereka yakin ia dipatuk oleh ayam-ayam hitam yang berkongsi ruang yang sama dengan kura-kura di Kebun Masyarakat Perindustrian Ang Mo Kio yang terletak di Ang Mo Kio Industrial Park 2.
Apabila Mediacorp mengunjungi kebun tersebut pada Isnin (27 Mac), seorang sukarelawan berkata, NParks sudah membawa keluar empat ekor kura-kura pada Sabtu lalu (25 Mac).
Sukarelawan yang enggan mendedahkan identitinya berkata, berlaku salah faham dan beliau bertegas kura-kura itu "tidak pernah didera atau diserang" oleh haiwan-haiwan lain dalam kebun itu.
Beliau percaya bahawa kura-kura itu mungkin cedera semasa proses mengawan sambil menambah bahawa sukarelawan kebun tersebut sudahpun mengasingkan kura-kura betina yang cedera itu daripada kura-kura yang lain.
ANGGOTA MASYARAKAT PRIHATIN LIHAT KURA-KURA CEDERA
Keadaan kura-kura itu mendapat perhatian apabila Guy Consigliere dan isterinya Jean Phua mengunjungi Taman Perindustrian Ang Mo Kio untuk membeli tangki ikan pada Sabtu lalu.
Semasa mereka meninggalkan tempat itu, pasangan tersebut terlihat kura-kura dan berhenti buat seketika untuk menghampirinya.
Mereka memberitahu Mediacorp bahawa mereka terkejut apabila melihat kura-kura itu berkongsi ruang dengan haiwan-haiwan lain seperti ayam dan itik.
Mereka amat prihatin apabila melihat kura-kura yang berada dekat pagar, dengan apa yang kelihatan seperti dua tanda luka pada kulitnya.
Pasangan itu cuba mencari individu yang mengelolakan kebun itu, tetapi tidak berjaya mencarinya. Justeru, Cik Phua menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat mengenai keadaan kura-kura itu sedang mereka terus berada berdekatan dengan kawasan kura-kura itu.
"Saya mengongsinya di Facebook kerana kami terdesak untuk mendapatkan bantuan," kata Cik Phua.
Pasangan itu kemudian menghubungi Cik Anbarasi Boopal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bersama Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) untuk mengongsi apa yang dilihat dan gambar-gambar yang dipetik.
Mereka terus menunggu dalam keadaan hujan selepas menelefon Cik Anbarasi sebelum para pegawai NParks tiba di kawasan itu.
Kata pasangan itu, ia mengambil masa hampir tiga jam untuk membuka pintu kebun itu supaya para pegawai NParks boleh memasukinya dan membawa keluar kura-kura itu. Individu yang memegang kunci dipercayai terpaksa melakukan perjalanan dari Tuas.
Individu itu juga merupakan sukarelawan yang ditemui Mediacorp. Dia adalah antara sekumpulan sukarelawan yang melawat kebun itu setiap hujung minggu untuk membersihkan kebun tersebut dan menjaga haiwan.
"Mereka menjadikannya seperti satu perkara besar," kata sukarelawan itu yang berusia dalam lingkungan 60-an tahun.
"Ia kelihatan seperti kami terbabit dalam pemerdagangan haram."
Katanya lagi, kebun masyarakat itu dibina menyusuli saranan yang dikemukakan kepada persatuan taman perindustrian itu agar perniagaan-perniagaan di tempat itu menyumbang kembali kepada masyarakat.
Setelah mereka menerima sumbangan dalam bentuk haiwan, kebun itu diperluaskan untuk memberi ruang kepada haiwan-haiwan itu, yang turut merangkumi kura-kura itu juga.
"Kami benar-benar tidak tahu bahawa ia salah dari segi undang-undang untuk menyimpan kura-kura sehingga diberitahu NParks. Malah, kami pun tidak tahu jenis apa kura-kura itu," tambahnya.
Mediacorp sudahpun bertanya kepada NParks untuk menjelaskan sama ada memelihara kura-kura itu adalah satu kesalahan dari segi undang-undang.
Walaupun para sukarelawan kebun itu masih belum menerima penjelasan daripada NParks, mereka berharap agar empat kura-kura itu dipulangkan kepada mereka.
"Jika ia dikembalikan kelak, kami akan menjaganya dengan cara yang berbeza. Kami akan mengasingkan kura-kura itu dan tidak meletakkan semua haiwan di tempat yang sama," ujar sukarelawan itu.

Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.