Skip to main content

Singapura

NParks bakal tambah tempat akses baru ke Koridor Kereta Api

Lembaga Taman Negara (NParks) akan menambah satu tempat akses ke Koridor Kereta Api dari Taman Linear Holland Green, umum Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (10 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
NParks bakal tambah tempat akses baru ke Koridor Kereta Api

Akan terdapat sebuah hubung akses dari Taman Linear Holland Green ke Koridor Kereta Api menjelang suku ketiga 2022. (Gambar: Desmond Lee/Facebook)

Diterbitkan : 10 Jul 2021 08:36PM Dikemas Kini : 10 Jul 2021 08:37PM

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) akan menambah satu tempat akses ke Koridor Kereta Api dari Taman Linear Holland Green, umum Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee hari ini (10 Jul).

Ini akan menjadi tempat akses kesembilan untuk ke Koridor Kereta Api sekali gus menjadikan kawasan landasan kereta api itu lebih mudah diakses oleh para penduduk di estet Holland Green untuk memasukinya. Ia dijangka siap menjelang suku ketiga tahun depan.

“Para penduduk yang tinggal dalam kawasan Koridor Kereta Api meminta lebih banyak tempat akses supaya mereka boleh memasuki kawasan landasan kereta api itu dengan lebih selamat dan mudah. Sekarang ini terdapat lapan tempat akses ke Koridor Kereta Api," kata Encik Lee dalam satu catatan Facebook.

Encik Lee membuat pengumuman itu selepas satu acara menanam pokok di Koridor Kereta Api. Acara itu sebahagian daripada pemuliharaan habitat untuk "meningkatkan keterhubungan ekologi Koridor Kereta Api dengan kawasan-kawasan hijau berdekatan bagi hidupan liar asli kita".

“Di Singapura, kebanyakan ruang hijau kita terletak berhampiran rumah kita, memberikan kita ketenangan yang diperlukan daripada tekanan kehidupan di bandar. Namun, tanah terhad kita memerlukan kita untuk mengimbangi banyak keperluan yang bersaing," ujarnya.

“Bagi ruang-ruang hijau, kami mengambil pendekatan berdasarkan sains yang mengambil kira ekosistem di seluruh negara kami termasuk keterhubungan ekologi antara ruang-ruang hijau ini. Sebarang pembangunan akan dijalankan dengan teliti dan kepekaan." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita