NParks anjur pelbagai acara sempena ulang tahun ke-20 program galak warga SG berkebun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Sebagai sebahagian inisiatif untuk meraikan aktiviti berkebun secara bermasyarakat di Singapura, orang ramai boleh ikut serta dalam pelbagai aktiviti yang ditawarkan kepada orang ramai sehingga November ini.
Antaranya, mempelajari cara menuai hasil tanaman atau masak menggunakan herba.
Acara itu menandakan 20 tahun sejak satu program kebangsaan dilancarkan bagi memupuk budaya berkebun.
Acara masyarakat seperti kegiatan kraftangan melipat bunga kertas dan menggubah bunga ros daripada daun pandan berjaya menarik kira-kira 20,000 peserta kesemuanya.
"Para peserta boleh boleh datang untuk bersantai dan berehat sambil menimba ilmu mengenainya, mereka juga boleh datang untuk bersenam, dan kanak-kanak boleh berbasikal. Jadi ada banyak kegiatan untuk golongan kanak-kanak hingga ke warga emas, mereka boleh menikmati suasana alam sekitar," kata penganjur acara Felicia Tan.
Semasa lawatan ke festival berkebun di HortPark, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong mengimbau bagaimana program berkebun masyarakat itu tercetus dari sebidang tanah di Estet Mayfair Park pada 2005.
Kini, terdapat lebih 48,000 relawan yang bercucuk tanam di merata Singapura, menanam bunga yang berwarna-warni yang mekar serta buah-buahan seperti tembikai musim sejuk.
"Sama seperti bercucuk tanam, di mana benih-benih yang kecil boleh tumbuh menjadi tumbuhan-tumbuhan dan pohon-pohon yang rimbun, melalui program berkebun masyarakat, kita juga berkumpul sebagai jiran tetangga, teman-teman dan warga Singapura untuk mengembangkan ruang bersama dan mengukuhkan ikatan masyarakat," kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.
Lebih 100 individu turut dilantik sebagai duta program.
Mereka terdiri daripada sukarelawan yang cukup bersemangat dan mempunyai kemahiran berkebun yang sangat baik, serta mereka rajin berkongsi pengetahuan dengan penduduk lain dalam masyarakat mereka.
"Buat masa ini, kami mempunyai lebih 100 duta CIB (Community in Bloom). Fasa seterusnya bagi para duta kami sebenarnya adalah untuk melihat bagaimana kami dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam berkebun supaya mereka boleh mendampingi dan menjangkaui penduduk lain dalam masyarakat," kata seorang lagi penganjur, Thomas Lee.
Kegiatan-kegiatan itu akan berlangsung sehingga pertengahan bulan November.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.