Skip to main content

Singapura

NParks ambil tindakan terhadap lelaki berdegil tinggal di pondok Taman East Coast

Anggaran Waktu Membaca:
NParks ambil tindakan terhadap lelaki berdegil tinggal di pondok Taman East Coast

Gambar: NParks

Diterbitkan : 10 Jun 2023 02:12PM Dikemas Kini : 10 Jun 2023 02:13PM
SINGAPURA: Tindakan penguatkuasaa diambil sebagai langkah terakhir selepas seorang lelaki, yang tinggal di sebuah pondok berteduh di Taman East Coast, berulang kali menolak tawaran bantuan.

Perbuatan lelaki itu juga telah menghalang para pengunjung lain ke taman itu untuk turut sama menggunakan ruang tersebut.

Demikian menruut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Sabtu (8 Jun).

Jackson Chan Kian Leng, 46 tahun, didakwa pada 30 Mei lalu kerana tinggal di taman awam tanpa lesen dan merokok di sebuah tempat berteduh taman itu. Dia dijatuhkan hukuman penjara empat hari selepas gagal membayar denda S$1,042.

Dalam satu respons bersama kepada media, NParks serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan pihak berkuasa mula-mula dimaklumkan mengenai keadaan Chan pada Jun 2020.

Dia ditawarkan tempat berteduh tetapi menolaknya dan berkeras enggan menerima sebarang bentuk bantuan, nyata agensi-agensi tersebut, sambil menjelaskan bahawa Chan kelihatan berada dalam keadaan kesihatan yang baik.

Pada April 2021, MSF berhubungan dengannya sekali lagi tetapi dia enggan memberikan butiran bagi menghubunginya atau keizinan untuk dirujuk kepada agensi perkhidmatan sosial.

Seterusnya, semasa tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) COVID-19 dari pertengahan sehingga hujung tahun 2021, Chan dilihat menetap di pondok berteduh di Taman East Coast sekalipun ia dikepug dan ditutup kepada orang awam.

Ini menyebabkannya menerima enam notis komposisi dari Disember 2021 sehingga April 2022.

Menurut NParks dan MSF, Chan bukan saja tidak menunjukkan kerjasama dengan para pegawai yang berurusan dengannya, dia juga menyimbah sebaldi air ke arah seorang pegawai keselamatan yang membuat rondaan di taman itu.

Dia dimaklumkan pada Ogos 2022 bahawa tindakan penguatkuasaan lanjut akan diambil sekiranya dia tidak mengosongkan pondok berteduh itu.

Bagaimanapun, Chan terus menggunakan tempat berteduh itu sepanjang hari meskipun NParks sudah berulang kali bertemu dengannya dan berusaha untuk menghubungkannya dengan agensi-agensi relevan, sehingga Mei tahun ini.

Chan juga memberitahu para pegawai NParks bahawa dia mempunyai sebuah rumah di Singapura, sesuatu perkara yang kemudian diulanginya di mahkamah.

Orang ramai yang melihat gelandangan yang memerlukan bantuan atau tempat berteduh boleh mengirimkan emel kepada PEERS di MSF_PEERSOffice [at] msf.gov.sg, menghubungi ComCare di talian 1800-222-0000 atau menggunakan ciri 'Bantu Jiran' (atau 'Help Neighbour') di aplikasi OneService.
Sumber : CNA/LL/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita