Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Novartis labur S$340 juta, luaskan loji pengeluaran di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Novartis labur S$340 juta, luaskan loji pengeluaran di Tuas

(Gambar: Novartis)

Diterbitkan : 15 Mar 2024 06:31PM Dikemas Kini : 15 Mar 2024 06:34PM
SINGAPURA: Syarikat biofarmaseutikal Novartis melabur lebih S$340 juta untuk meluaskan lagi loji pengeluarannya di Tuas.

Kilang baharu itu akan memberi tumpuan kepada penghasilan ubat antibodi terapeutik bagi pesakit di seluruh dunia.

Di majlis pecah tanah pada Jumaat (15 Mac), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, ia akan menggandakan penghasilan dos rawatan Novartis kepada 18 juta setahun.

Kilang baharu tersebut, yang akan mula beroperasi selewat-lewatnya awal 2026, akan mencipta 100 pekerjaan kemahiran tinggi seperti saintis dan jurutera.

Setakat ini, syarikat itu mempunyai 600 kakitangan.

Sejak 1986, Novartis melabur lebih AS$1 bilion (S$1.3 bilion) sejak ia mula bekerjasama dengan Singapura.

Kemudahan tersebut dibina sedang satu daripada setiap empat orang di Asia Pasifik, atau sekitar 1.3 juta penduduk, dijangka berusia lebih 60 tahun menjelang 2050.

"Apabila jangka hayat meningkat, cabaran kami seterusnya adalah untuk memastikan orang ramai kekal sihat, supaya semua orang - khususnya warga emas kami boleh terus menjalani kehidupan yang bermakna lagi produktif," kata Encik Heng.

"Di Singapura, kami dari awal lagi sedar, membangunkan keupayaan canggih dalam bidang sains hayat boleh membantu mendorong kehidupan lebih sihat dan masa depan lebih baik bagi semua orang tidak kira kumpulan usia di sini dan di merata dunia," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan