Notre-Dame 'sebahagian daripada warisan manusia sejagat': PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa sedih mengenai kebakaran yang berlaku di Gereja Besar Notre-Dame di Paris, ibu kota Perancis pada Isnin (15 Apr).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa sedih mengenai kebakaran yang berlaku di Gereja Besar Notre-Dame. (Gambar: Charles Platiau)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong melahirkan rasa sedih mengenai kebakaran yang berlaku di Gereja Besar Notre-Dame di Paris, ibu kota Perancis pada Isnin (15 Apr).
Menulis di laman Facebooknya, PM Lee berkata tragedi itu "terutama sekali memilukan" memandangkan kebakaran tersebut berlaku semasa Minggu Suci bagi penganut Kristian.
Dalam catatannya, PM Lee turut melahirkan rasa kehilangan seperti rakyat Perancis akibat kemusnahan monumen negara mereka dan khazanah yang tersimpan di dalamnya.
Beliau menambah, Gereja Besar Notre-Dame sudah menjadi saksi segala peristiwa yang berlaku di Paris dan Eropah selama lebih 850 tahun.
PM Lee berkata, ia juga memaparkan kepercayaan agama dan semangat kemanusiaan sejagat berbilang generasi yang mengasaskan dan membangunkannya serta melakukan ibadat di dalamnya.
PM Lee turut melahirkan harapan agar ia akan dibangunkan semula pada masa hadapan.
Kebakaran besar di monumen berusia 850 tahun itu dan dikunjungi hampir 14 juta pelancong setahun mengejutkan seluruh warga Perancis.
Kebakaran itu dilaporkan menyebabkan seluruh bahagian bumbung dan puncak menara gereja itu roboh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.