Skip to main content

Singapura

Norshahidah Salleh, Muhammad Hanif Ramli dikurnia bayi Hari Kebangsaan SG60 hari ini

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 09 Aug 2025 07:53PM Dikemas Kini : 09 Aug 2025 10:46PM
SINGAPURA: Hari Kebangsaan tahun ini menjadi antara paling manis dan bermakna bagi pasangan suami isteri Norshahidah Salleh dan Muhammad Hanif Ramli.

Manakan tidak, pasangan itu dikurniakan bayi Hari Kebangsaan SG60!

Bayi mereka Muhammad Uwais Iman dilahirkan hari ini - 9 Ogos - pada pukul 4.48 pagi.

Muhammad Uwais Iman merupakan antara bayi pertama yang dilahirkan di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak hari ini.

"Kami sangat terharu dan bangga kerana tercapai satu impian yang kami anggap sebagai satu hadiah untuk kami sekeluarga," kata Muhammad Hanif Ramli, bapa Muhammad Uwais Iman.

Selain Cik Norshahidah Salleh dan Encik Muhammad Hanif Ramli, lagi dua pasangan lain turut menyambut kelahiran bayi Hari Kebangsaan SG60 mereka hari ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita