Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Norman Ishak menang Anugerah Televisyen Asia 2022

Pelakon Norman Ishak merangkul Anugerah Persembahan Lelaki Utama Terbaik - Digital dalam acara Anugerah Televisyen Asia 2022 yang berlangsung pada Khamis (1 Dis) di Manila.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pelakon Norman Ishak merangkul Anugerah Persembahan Lelaki Utama Terbaik - Digital dalam acara Anugerah Televisyen Asia 2022 yang berlangsung pada Khamis (1 Dis) di Manila.

Beliau memenangi anugerah tersebut menerusi persembahannya dalam drama bersiri 'Identiti' di mana beliau membawa watak seorang anak yang muncul semula selepas 20 tahun menghilang.

Norman berjaya mengetepikan pesaingnya dalam kategori itu termasuk Fattah Amin dan Syafiq Kyle dari Malaysia, Mark Lee dari Singapura dan Kim Soo-Hyun dari Korea Selatan.

Menulis di Instagram, Norman yang tidak dapat hadir di acara itu berkata beliau sememangnya tidak menjangkakan peluang kemenangan selepas melihat barisan calon yang handal.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur di atas kemenangan ini. Bangga dapat mewakili negara saya. Bangga dapat mewakili masyarakat saya," tulis Norman, yang menyifatkan watak tersebut satu-satunya watak yang masih meninggalkan kesan kepadanya hingga ke hari ini.

Sebelum ini, pelakon berusia 32 tahun itu juga pernah memenangi Anugerah Personaliti Lelaki Paling Popular dalam Pesta Perdana tahun lalu.

(Instagram/@norman_ishak)

Bagi yang mahu menyaksikan kehebatan lakonan Norman itu, mereka boleh menonton drama 'Identiti' di meWATCH.

Di portal media Mediacorp itu juga, orang ramai boleh menyaksikan rakaman Majlis Anugerah Televisyen Asia 2022.

Acara yang mengiktiraf bakat-bakat serta penerbitan televisyen di rantau ini turut mengiktiraf tiga lagi orang artis Singapura.

Pelakon dan pengacara, Eswari Gunasegar memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama, DJ radio 987 Sonia Chew memenangi Pengacara Terbaik - Digital dan Jeffrey Xu memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan