Skip to main content

Singapura

Nor Lella sentuh soal tudung, mahu tubuh dana pendidikan Melayu

Calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Cik Nor Lella Mardiiiah Mohd mempersoalkan mengapa pemerintah sukar untuk membenarkan wanita Islam memakai tudung apabila mengenakan seragam kerja.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Sep 2015 11:48PM Dikemas Kini : 06 Sep 2015 01:54AM

SINGAPURA: Calon Parti Perpaduan Nasional (NSP), Cik Nor Lella Mardiiiah Mohd mempersoalkan mengapa pemerintah sukar untuk membenarkan wanita Islam memakai tudung apabila mengenakan seragam kerja.

Cik Nor Lella juga berkata pasukan beliau merancang memberi tumpuan kepada pendidikan masyarakat Melayu.

Beliau, yang bertanding di GRC Tampines, berkata demikian di rapat pilihan raya di Tampines Street 81 malam ini.

"Seluruh anggota GRC Tampines daripada Parti Perpaduan Nasional, terutama presiden saya, kalau kita dapat masuk ke Parlimen, duit elaun itu, keseluruhannya kita akan berikan untuk menubuhkan satu dana pendidikan untuk masyarakat Melayu," kata Cik Nor Lella.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita