Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nombor penghantar SMS kecemasan polis ditukar kepada 70999

Anggaran Waktu Membaca:
Nombor penghantar SMS kecemasan polis ditukar kepada 70999

(Gambar fail: Hanidah Amin/CNA)

SINGAPURA: Mulai 1 Oktober, nombor penghantar SMS kecemasan polis yang digunakan sekarang, iaitu 71999, tidak lagi digunakan dan ditukar kepada 70999.

Ini sedang Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berusaha untuk memastikan nombor penghantar SMS, yang digunakan oleh jabatan-jabatan lain dalam Home Team, konsisten sama.

Langkah itu juga akan menjadikannya lebih mudah untuk mengenal pasti dan mengingati kiriman SMS daripada Home Team, sekali gus membantu melindungi orang awam daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai Home Team.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Sep).

Misalnya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan nombor penghantar SMS 70995 sebagai sebahagian daripada khidmat penggilan kecemasannya, iaitu 995.

Terdapat tujuh jabatan dalam Home Team, termasuk SPF dan SCDF.

Khidmat SMS kecemasan polis bermula pada 2016 sebagai sebahagian daripada gerakan SGSecure Singapura. Ia membolehkan orang awam yang memerlukan bantuan polis dalam keadaan kecemasan di mana mereka tidak selamat untuk bercakap di telefon, atau individu yang pekak, bisu atau mengalami kesukaran bertutur, untuk menghubungi polis.

SPF menyatakan sejak 1 Julai, agensi-agensi pemerintah Singapura menggunakan satu pengenalan (ID) penghantar SMS yang sama - iaitu gov.sg - bagi komunikasi sehala dengan orang awam. Sekalipun demikian, khidmat-khidmat kecemasan seperti SMS kecemasan polis memerlukan komunikasi dua hala.

Dalam keadaan bukan kecemasan, orang awam dinasihatkan agar menghantar maklumat menerusi i-Witness atau menggunakan khidmat online di laman SPF atau aplikasi Police@SG untuk membuat aduan polis, menurut SPF.
Sumber : CNA/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan