NODX SG naik 38.4% pada Mei, dipacu permintaan elektronik berkaitan AI
Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat sebanyak 38.4 peratus pada Mei berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Rabu (17 Jun).
Pandangan umum kontena di terminal pelabuhan Pasir Panjang di Singapura pada 1 Jun 2026. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
Ini sekali gus meneruskan pertumbuhan 24.4 peratus yang dicatatkan pada April.
Eksport elektronik menjadi pemacu utama pertumbuhan tersebut, dengan NODX elektronik melonjak 94.8 peratus pada Mei, berbanding peningkatan 66.7 peratus pada April.
Menurut EnterpriseSG, lonjakan itu sebahagian besarnya didorong oleh “permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI)” dan disumbangkan terutamanya oleh litar bersepadu, produk media cakera serta komputer peribadi (PC).
Eksport bukan elektronik turut mencatat pertumbuhan, meningkat 17.7 peratus pada Mei selepas naik 10.9 peratus pada April.
Produk farmaseutikal, jentera khusus dan emas bukan kewangan (non-monetary gold) menjadi penyumbang utama kepada peningkatan tersebut.
Dalam kalangan pasaran utama, eksport ke Taiwan, Amerika Syarikat dan China meningkat pada Mei, manakala penghantaran ke Indonesia mencatatkan penurunan berbanding setahun lalu, menurut EnterpriseSG.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.