Skip to main content

Singapura

NODX SG naik 15.3%; dipacu permintaan kukuh elektronik berkaitan AI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Apr 2026 11:31AM Dikemas Kini : 26 Apr 2026 08:09PM
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat sebanyak 15.3 peratus pada Mac apabila permintaan kukuh berkaitan AI merangsang penghantaran elektronik.

Demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Jumaat (17 Apr).

Ini merupakan pertumbuhan bagi bulan ketujuh berturut-turut, menyusuli peningkatan 4 peratus pada Februari.

NODX meningkat 9.6 peratus bagi suku pertama 2026.

Peningkatan yang melebihi jangkaan ini, mengatasi anggaran Bloomberg, didorong oleh lonjakan eksport elektronik.

Eksport tersebut meningkat 74 peratus berbanding setahun lalu, disokong oleh permintaan kukuh berkaitan AI serta asas perbandingan yang rendah.

Peningkatan ini dipacu terutamanya oleh litar bersepadu (IC), yang melonjak 113.8 peratus, produk media cakera yang meningkat 78.3 peratus, serta komputer peribadi (PC) yang naik 57.3 peratus.

NODX bukan elektronik merosot sebanyak 0.6 peratus bulan lalu, namun pada kadar yang jauh lebih perlahan berbanding penurunan 6.9 peratus pada Februari.

Penurunan tersebut didorong oleh struktur kapal dan bot, penyediaan makanan serta farmaseutikal, yang masing-masing merosot 99.8 peratus, 42 peratus dan 18.4 peratus.

Dalam kalangan pasaran utama, NODX ke China, Hong Kong dan Taiwan meningkat dengan ketara pada Mac, manakala eksport ke Indonesia, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan Thailand mencatat penurunan.

Jumlah perdagangan tahun ini berkembang 38.5 peratus pada Mac berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila kedua-dua eksport dan import meningkat.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita