NODX SG merosot 14.7% buat lapan bulan berturut-turut
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot buat lapan bulan berturut-turut pada Mei, turun sebanyak 14.7 peratus. Eksport elektronik dan bukan elektronik juga menyaksikan penurunan.
Ia berikutan penurunan 9.8 peratus pada April dan penguncupan 8.3 peratus pada Mac.
Perangkaan terkini itu lebih ketara daripada ramalan tinjauan Reuters iaitu penurunan 8.1 peratus.
Menurut data dikeluarkan oleh Enterprise Singapura (EnterpriseSG) pada Jumaat (16 Jun), eksport produk elektronik menguncup 27.2 peratus pada Mei, berikutan penurunan 23.3 peratus pada bulan sebelumnya.
Litar bersepadu (IC), produk media cakera dan bahagian IC menyumbang kepada hampir kesemua penurunan, dengan masing-masing merosot 39.2 peratus, 41.6 peratus dan 48.7 peratus.
Eksport bukan elektronik juga merosot 10.7 peratus pada Mei, berikutan penurunan 5.8 peratus pada April.
Kemorosotan terbesar adalah bagi jentera khusus, petrokimia dan farmaseutikal, dengan masing-masing merosot 23.4 pratus, 22.8 peratus dan 14 peratus.
"NODX ke pasaran utama secara keseluruhan merosot pada Mei 2023, walaupun NODX ke China dan Amerika Syarikat (AS) meningkat," menurut EnterpriseSG.
NODX ke Amerika Syarikat (4.8 peratus) dan China (3.7 peratus) meningkat pada Mei namun merosot pada pasaran utama Hong Kong (-41.2 peratus), Malaysia (-26.2 peratus) dan Taiwan (-19.4 peratus).
Berdasarkan tahun ke tahun, perdagangan keseluruhan merosot 17.9 peratus pada Mei, berikutan pengucupan 18.9 peratus pada bulan sebelumnya.
Kedua-dua eksport dan import masing-masing merosot 15.2 peratus dan 20.7 peratus.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.