Noble Group dikenakan denda S$12.6 juta berhubung penyata kewangan mengelirukan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar:AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Pihak berkuasa pada Rabu (24 Ogos) mengenakan denda terhadap syarikat pedagang komoditi Noble Group (NGL) dan mengeluarkan amaran keras kepada bekas pengarah Noble Resources International (NRI), iaitu syarikat subsidiari yang ketika itu dimiliki sepenuhnya.
Ini selepas kedua-duanya didapati berlebih-lebihan melaporkan keuntungan dan aset bersih.
Denda sivil sebanyak S$12.6 juta dikenakan ke atas NGL oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) atas kesalahan melaporkan maklumat mengelirukan dalam penyata kewangannya yang melanggar Akta Sekuriti dan Dagangan Hadapan, menurut kenyataan media bersama MAS, Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) serta Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan pada Rabu (24 Ogos).
ACRA, yang berunding dengan Jabatan Peguam Negara, mengeluarkan amaran keras terhadap dua bekas pengarah NRI kerana gagal menyediakan dan membentangkan penyata kewangan tahunan dan tidak menepati piawaian-piawaian perakaunan di bawah Akta Syarikat.
Jawatankuasa Pemantauan Akauntan Awam (PAOC) yang mentadbir Program Pemantauan Amalan ACRA, mengeluarkan perintah terhadap para juruaudit NRI daripada Ernst dan Young berhubung penyata kewangan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012 hingga 31 Disember 2016.
Siasatan bersama ke atas dua entiti itu bermula pada November 2018 dan melibatkan isu perakaunan yang kompleks serta bantuan daripada pihak berkuasa, menurut kenyataan media tersebut.
"Ia didapati bahawa NGL melalui NRI memeterai perjanjian pemasaran jangka panjang dengan pemilik lombong dan pengeluar batu arang untuk membantu mereka membangunkan jenama bagi lombong mereka ataupun bertindak sebagai jurujual bagi komoditi yang dihasilkan daripada lombong itu," tambah kenyataan media tersebut.
Di bawah perjanjian pemasaran tersebut, NGL tidak akan menerima penghantaran komoditi yang dihasilkan tetapi akan memperoleh bayaran berdasarkan peratusan yang ditetapkan daripada nilai jualan rakan-rakan niaga.
KEUNTUNGAN, ASET BERSIH YANG DILAPORKAN DINAIKKAN BERLEBIHAN
Hasil siasatan bersama mendedahkan bahawa NGL dan NRI menggunakan pendekatan akaun yang salah bagi perjanjian pemasaran itu.
Akibatnya, keuntungan dan aset bersih NGL dan NRI yang dilaporkan dinaikkan berlebih-lebihan.
Mengulas mengenai kes itu, penolong ketua eksekutif ACRA Kuldip Gill berkata: "Maklumat kewangan yang bermutu adalah penting untuk persekitaran perniagaan yang boleh dipercayai dan bertenaga di Singapura.
ACRA menjangkakan penyata kewangan mencerminkan pandangan yang telus dan saksama tentang kedudukan kewangan dan prestasi syarikat.
Ini kerana peserta pasaran bergantung pada penyata kewangan untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai nilai yang dijana oleh perniagaan lain serta risiko yang terlibat.
Sebagai respons kepada kenyataan media bersama pada Rabu (24 Ogos) oleh pihak berkuasa, pengerusi eksekutif Noble Resources Trading Holdings, Matt Hinds, berkata syarikat itu mengalu-alukan penyelesaian dalam siasatan berkenaan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.