Skip to main content

Singapura

NMP Raj Joshua Thomas, Syed Harun Alhabsyi lepas jawatan; cetus spekulasi bakal sertai GE2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Feb 2025 07:15PM Dikemas Kini : 16 Feb 2025 11:25PM
  • SINGAPURA: Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Joshua Thomas dan Syed Harun Taha Alhabsyi melepaskan jawatan pada Jumaat (14 Feb), sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
  • Encik Thomas menerusi catatan Facebook berkata beliau amat berterima kasih atas peluang dan penghormatan yang diberikan untuk berkhidmat sebagai NMP selama dua penggal.
  • Encik Seah mengesahkan kepada Mediacorp bahawa beliau sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Encik Thomas dan juga Dr Syed Harun sekitar tengah hari Jumaat.
  • Dr Syed Harun, seorang NMP kali pertama, merupakan seorang perunding psikiatri dan pengarah perubatan Klinik The Starfish, yang mengendalikan isu-isu berkaitan psikiatri dan kesejahteraan mental.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Joshua Thomas dan Syed Harun Taha Alhabsyi melepaskan jawatan pada Jumaat (14 Feb), sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Encik Thomas menerusi catatan Facebook berkata beliau amat berterima kasih atas peluang dan penghormatan yang diberikan untuk berkhidmat sebagai NMP selama dua penggal.

Dalam suratnya kepada Speaker Parlimen Seah Kian Peng, peguam itu berkata beliau kekal berdedikasi untuk berkhidmat kepada Singapura dan rakyat Singapura sebaik mungkin.

"Saya sedang mempertimbangkan untuk melakukannya dalam cara yang berbeza, di mana wajar untuk saya melepaskan jawatan sebagai NMP buat masa ini," tulis beliau.

Encik Seah mengesahkan kepada Mediacorp bahawa beliau sudah menerima surat peletakan jawatan daripada Encik Thomas dan juga Dr Syed Harun sekitar tengah hari Jumaat. Namun, beliau tidak memberi sebarang komen mengenai sebab peletakan jawatan itu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah kedua-duanya memberitahu saya mereka berasa seronok dan mendapati khidmat mereka sebagai NMP sangat bermakna," kata Encik Seah.

Encik Thomas adalah NMP kali kedua. Beliau merupakan rakan pengurus di Tang Thomas LLC. Beliau juga presiden Persatuan Keselamatan Singapura dan anggota lembaga Tenaga Kerja Singapura.

Dr Syed Harun, seorang NMP kali pertama, merupakan seorang perunding psikiatri dan pengarah perubatan Klinik The Starfish, yang mengendalikan isu-isu berkaitan psikiatri dan kesejahteraan mental.

Beliau sebelum ini berkhidmat di Angkatan Bersenjata Singapura, perunding psikiatri pelawat di Institut Kesihatan Mental dan pensyarah adjung serta tutor klinikal di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita