NLB tingkatkan kesedaran awam tentang ketersediaan bahan-bahan Jawi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Demi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ketersediaan bahan-bahan Jawi di perpustakaan Singapura, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), menganjurkan acara “Jawi Materials in National Library | A Librarian’s World” (Bahan Jawi di Perpustakaan Negara | Dunia Pustakawan), pada Sabtu (12 Nov), yang dihadiri sekitar 40 orang.
Berlangsung di Perpustakaan Negara, acara tersebut merupakan antara kegiatan disediakan NLB sempena kempen ‘Love our Librarians & Archives’ (Cintai Pustakawan & Arkib Kami), yang bermula dari 4 November hingga 1 Disember 2022.
Usaha mengubah bahan-bahan Jawi kepada format digital menjadi keutamaan NLB supaya ia mudah diakses lebih ramai orang.
NLB memulakan proses pendigitalan manuskrip Jawi sekitar 10 tahun lalu melalui kerjasama dengan institusi-institusi di Eropah, Amerika Syarikat dan Britain.
Ia termasuk mendapatkan manuskrip Jawi untuk disertakan dalam koleksi digital di negara ini.
Menurut Pustakawan Kanan, Encik Mazelan Anuar, NLB mempunyai lebih kurang 2,000 bahan Jawi dalam pelbagai format termasuk sekitar 30 manuskrip, mikrofilem, buku serta fail digital.
Bahan-bahan tersebut boleh diakses dari laman web BookSG dan seksyen rujukan Perpustakaan Lee Kong Chian.
Antara manuskrip terkenal yang boleh didapati termasuk sastera Melayu klasik seperti Hikayat Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu hasil kerjasama NLB dan Perpustakaan Britain. Selain manuskrip, buku dan surat, dokumen juga disediakan untuk tatapan orang ramai.
PENGLIBATAN PENGGEMAR JAWI DALAM USAHA TRANLITERASI
Bagi bahan-bahan berita dalam tulisan Jawi, pembaca boleh melungsuri portal NewspaperSG, yang menyediakan surat khabar Jawi, Jawi Peranakkan dan Warta Malaya, kata Encik Mazelan.
Bagi meneruskan semangat mengamalkan tulisan dan bacaan Jawi, NLB pada tahun 2018, menganjurkan bengkel transliterasi, atau alih aksara, dari Jawi ke Rumi, yang disertai penggemar Jawi termasuk pelajar dari pusat pengajian tinggi dan peminat Jawi setempat.

Pada fasa seterusnya, penggemar Jawi diharap dapat menyumbang kepada usaha transliterasi dengan mengalih aksara teks Jawi dari akhbar Warta Malaya melalui laman web ‘The Citizen Archivist Project’.
Bahkan, usaha itu sudah mula menunjukkan hasil dengan 37 peratus atau 162 daripada 438 artikel sudah ditransliterasi.
Menurut NLB, usaha memelihara dan mengumpul bahan-bahan Jawi diberi keutamaan kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan sastera Singapura.
Penulisan tersebut tambah NLB memberikan pandangan yang tidak ternilai mengenai perkembangan sosiobudaya, ekonomi dan politik awal Singapura dan Asia Tenggara.
Justeru, bermula tahun ini, program pendidikan pembacaan dan tulisan Jawi kian dianjurkan bersama pengkaji tulisan Jawi tempatan, Dr Hirman Khamis.
Bengkel peringkat asas misalnya diadakan dalam bahasa Inggeris dan Melayu, bagi memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari huruf Jawi dan mengalih aksara Jawi kepada Rumi.
Acara seperti “Jawi Materials in National Library | A Librarian’s World” (Bahan Jawi di Perpustakaan Negara | Dunia Pustakawan), pula diharap akan menggalak lebih ramai rakyat Singapura mengenali dan menghargai sejarah sastera tempatan yang kaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang akan dijalankan sempena ‘Love our Librarians & Archives’, anda boleh lungsuri laman https://www.nlb.gov.sg/main/whats-on/events.

Sumber : BERITA Mediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.