Skip to main content

Singapura

NLB lancar app bagi galak karyawan muda membaca

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dan menyediakan akses mudah kepada maklumat serta perincian perpustakaan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Oct 2016 08:09PM Dikemas Kini : 24 Oct 2016 10:04PM

SINGAPURA: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) melancarkan aplikasi baru, 'NLB Mobile App', serta bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menghiasi gerabak-gerabak kereta api bagi menggalak minat membaca.

Di bawah salah satu inisiatif Gerakan Membaca Kebangsaan (NRM), ia disasarkan kepada golongan karyawan muda supaya membaca semasa berada di dalam kereta api.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dan menyediakan akses mudah kepada maklumat serta perincian perpustakaan.

NLB juga akan memberikan akses penuh kepada tiga buah buku selama tempoh tiga bulan, mulai hari ini (24 Okt).

Selain itu, gerabak-gerabak dua kereta api di Laluan Timur Laut dan Laluan Downtown dihias mengikut tema-tema cerita seperti misteri dan khayalan.

Kod-kod QR akan menghubungkan para penumpang kepada lelaman yang mempunyai senarai buku-buku yang disyorkan serta petikannya sebelum keputusan dibuat untuk memuat turunnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita