NLB henti tawar kursus pembelajaran online Udemy Business pada 15 Dis atas sebab kos, faktor lain
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Akses kepada langganan Udemy Business menerusi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) akan dihentikan pada 15 Disember.
Ini disebabkan oleh beberapa perubahan pada model pelesenan sumber pembelajaran online dan kenaikan "besar" pada kos, menurut NLB pada Selasa (7 Nov).
NLB menyatakan pihaknya sedang mencari sumber alternatif bagi menggantikan sumber Udemy Business.
NLB mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp selepas warga net di Reddit menyuarakan kekecewaan mereka menyusuli langkah itu, dengan ramai yang menggesa NLB supaya menimbangkan semula keputusan tersebut.
Warga net di Reddit dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui emel daripada NLB.
Udemy, yang memiliki pejabat di merata dunia, menawarkan kursus kepada pengunjung NLB berhubung topik-topik seperti pembangunan perisian, pucuk kepimpinan, pemasaran, penjualan dan pemprograman (programming).
Pada Isnin, pengguna Reddit Spiritual_Doubt_9233 memuat naik semula emel yang dikirimkan NLB yang menerangkan keputusan tersebut.
Catatan itu berbunyi: "Sila sedia maklum bahawa akses kepada Udemy Business menggunakan keahlian NLB akan dihentikan pada 15 Disember 2023. Jika anda mempunyai kursus yang belum diselesaikan, pastikan ia diselesaikan sebelum tarikh itu. Anda tidak lagi dapat memantau perkembangan kursus anda selepas 14 Disember 2023."
Setakat sehingga Selasa malam, catatan itu meraih lebih 300 tanda setuju dan sekitar 120 komen.
Seorang pengguna hamiwin berkata: "Apa yang dapat kami lakukan supaya suara kami didengar? Udemy sangat berguna. Rancangan saya adalah untuk meminta mereka supaya menimbangkan semula keputusan untuk memperbaharui langganan mereka, memandangkan ia memberi manfaat kepada kami."
Warga net lain mencadangkan untuk memulakan petisyen bagi menggesa NLB supaya terus menyediakan khidmat Udemy Business.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, NLB menyatakan keputusan untuk melanggan sumber online tertentu adalah berdasarkan keperluan penggunanya, jurang koleksi, bajet dan kos serta model perniagaan platform.
Agensi itu menyatakan pihaknya komited untuk mencari sumber bagi wadah pembelajaran online alternatif bagi pengunjung dan akan terus mengenal pasti sumber pembelajaran online bagi menggantikan kursus yang ditawarkan oleh Udemy Business.

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.