Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NLB henti gunakan Udemy Business kerana kos pembaharuan 'beberapa kali ganda' lebih mahal, kursus ditawar berkurangan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) tidak menawarkan kontrak baharu kepada platform pembelajaran online Udemy Business, disebabkan model pelesenan baharunya yang "beberapa kali ganda" lebih mahal berbanding model lama, seperti yang dimaklumkan kepada Parlimen.

Model baharu itu juga merangkumi jumlah kursus yang lebih rendah, kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan, Tan Kiat How, pada Rabu (22 Nov).

Ketika menjawab soalan parlimen mengenai isu tersebut, Encik Tan berkata bahawa model baharu yang ditawarkan Udemy Businees juga akan menyekat jumlah pengguna yang dapat mengakses kursus-kursus itu.

Beliau memberi jaminan kepada Dewan bahawa NLB sangat prihatin terhadap "perkembangan minda" rakyat Singapura, dan sedang mencari alternatif lain bagi mereka yang sudah menggunakan platform tersebut.
Pada Rabu, Encik Tan berkata beliau tidak dapat memberi pecahan kos bagi setiap pengguna kerana butiran sedemikian mungkin melibatkan maklumat komersil yang sensitif.

Menggunakan analogi restoran bufet, beliau berkata bahawa pada masa lalu, pelanggan boleh membayar bayaran tetap ketika memasuki restoran tersebut dan berhak untuk mengambil makanan daripada beberapa bahagian bufet.

"Namun dengan model baharu ini, mungkin restoran itu memberitahu anda bahawa harga yang anda bayar ketika masuk ke dalam restoran adalah beberapa kali ganda lebih tinggi. Anda masuk ke dalam restoran, anda berhak untuk mendapat sepinggan nasi dan mungkin dua atau tiga hidangan yang sudah dimasak. Anda harus membayar lebih bagi hidangan lain," katanya.

"Maka soalan daripada kami adalah dengan model lebih mahal, adakah ia memenuhi keperluan pengguna?"

Encik Tan menambah bahawa rakyat Singapura yang masih berminat dalam kursus ditawarkan Udemy Business boleh menggunakan kredit SkillsFuture mereka untuk membiayai kursus sedemikian.

Mereka boleh berbuat demikian dengan menghantar tuntutan bagi bayaran semula setelah menamatkan kursus yang diambil, katanya.

"NLB akan terus mencari dan mengenal pasti sumber pembelajaran online yang sesuai untuk menggantikan Udemy Academy dan menjangkakan dapat menawarkan sumber baharu dalam beberapa bulan akan datang," tambah Encik Tan.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan