NLB 'diserang' dalam latihan antipengganasan Exercise Heartbeat
Keadaan menjadi 'huru-hara' seketika di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) hari ini (25 Sep) apabila tiga lelaki bersenjata yang bertopeng menyerbu masuk bangunan di Victoria Street itu dalam satu latihan menentang pengganasan.
SINGAPURA: Keadaan menjadi 'huru-hara' seketika di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) hari ini (25 Sep) apabila tiga lelaki bersenjata yang bertopeng menyerbu masuk bangunan di Victoria Street itu.
Bagaimanapun itu hanyalah satu latihan menentang pengganasan. Dalam senario latihan itu - sebuah kereta merempuh tonggak-tonggak besi tepi jalan.
Tiga lelaki di dalamnya kemudian meluru masuk ke bangunan perpustakaan sambil menembak orang ramai sebelum berbalas tembakan dengan polis.
Latihan Heartbeat itu bertujuan menguji tahap penyelarasan tindakan antara agensi-agensi Home Team dengan masyarakat dalam kejadian seperti itu.
Bagi 180 pelajar dari Sekolah Rendah Stamford, penggerak balas dan kakitangan NLB yang terlibat, latihan tersebut memberi mereka peluang untuk mengamalkan 'mantera' SGSecure iaitu lari, sembunyi, beritahu serta tekan, ikat, beritahu.
"Kami akan terus berjaga-jaga dan bersiap sedia agar pekarangan kami atau kawasan ini menjadi sebuah ruang masyarakat yang lebih selamat," kata eksekutif jabatan pelibatan NLB Muhd Ashif Padili.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.