Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NLB, BERITAmediacorp anjur forum Cakap Pasal Dikir; sokong usaha lestarikan perkembangan seni dikir barat

Seni dikir barat mula bertapak di Singapura pada lewat tahun 1980-an dan dilestarikan hingga ke hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
NLB, BERITAmediacorp anjur forum Cakap Pasal Dikir; sokong usaha lestarikan perkembangan seni dikir barat

Forum 'Cakap Pasal Dikir: Mengupas Seni Dikir' akan diadakan pada 12 Januari 2019.

SINGAPURA: Seni dikir barat mula bertapak di Singapura pada lewat tahun 1980-an dan dilestarikan hingga ke hari ini.

Namun, tidak ramai yang peka mahupun bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk melestarikan dan merangsang perkembangan seni itu.

Itulah antara yang bakal dibincangkan dalam satu forum mengenai dikir barat anjuran BERITAmediacorp dengan kerjasama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Sabtu depan.

TAHAP SETERUS EVOLUSI SENI DIKIR BARAT

Seni dikir barat amatlah indah dipandang mata dan pasti ramai juga yang terbuai mendengar nyanyian merdu si Tok Juara.

Disulamkan dengan kekata puitis, tidak hairanlah mengapa seni itu masih diminati ramai, baik untuk dilestarikan dalam bentuk pertandingan mahupun persembahan yang menghiburkan.

Namun, jarang pula melihat pendikir setempat mengembangkan sayap mereka untuk mempersembahkan seni dikir Singapura di luar negara.

Menurut para pendikir yang ditemui BERITAmediacorp, perkara itu dapat diluaskan dan dikecapi jika beberapa perkara dapat diketengahkan.

"Sekarang baru kita nampak peningkatan persembahan dikir barat dari sekolah-sekolah. Jadi kita inginkan puak-puak yang lama ini untuk berehat, puak-puak yang baru untuk menggantikan mereka.

"Jadi mungkin dari situ, kita boleh mengembangkan lagi dari Singapura ke serantauan," kata Iskandar dari kumpulan Ulan.

Tauhid Abdul Jalil dari kumpulan Durbar Dua pula berkata: "Isu-isu untuk mendapatkan satu aliran pemikiran dalam melestarikan sesebuah pertandingan dalam skema permarkahan, tujuan kita untuk berdikir barat dan cara untuk kita berdikir barat - itulah topik-topik yang kadang-kadang sensitif tetapi yang cukup menarik kalau diadakan."

Lantaran itu, bagi menyokong usaha tersebut dan mendampingi lebih ramai belia, pihak BERITAmediacorp akan menganjurkan forum 'Cakap Pasal Dikir: Mengupas Seni Dikir Singapura'.

Langkah itu dialu-alukan para pendikir yang bersetuju dengan pentingnya untuk mengadakan sebuah forum sedemikian.

"Kalau sekiranya diadakan satu forum untuk membincangkan dikir barat Singapura sendiri, saya rasa itu salah satu langkah yang terbaik untuk dibuat. Jadi pendikir-pendikir Singapura dapat membincangkan secara vokal dan mendalam tentang apa yang tidak pasti dan tidak jelas tentang seni dikir barat ini," kata Khairul Anwar Zainal Abidin, seorang pendikir dari kumpulan Durbar Dua.

Nurul dari kumpulan Dwi Durrah turut melahirkan pandangan yang serupa: "Itu adalah satu benda yang sangat baik kerana ia membuka mata semua anak-anak muda. Kita perlukan bukan saja yang lama tetapi pelapis-pelapis muda diperlukan pada hari ini."

Forum 'Cakap Pasal Dikir: Mengupas Seni Dikir Singapura' anjuran BERITAmediacorp akan diadakan pada Sabtu, 12 Januari.

Maklumat lanjut disediakan di laman Facebook dan Instagram BERITAmediacorp. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ai

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa