Skip to main content

Singapura

NLB beri percuma 60,000 buku lama hujung minggu ini, setiap pengunjung boleh ambil 10 buku

Anggaran Waktu Membaca:
NLB beri percuma 60,000 buku lama hujung minggu ini, setiap pengunjung boleh ambil 10 buku

Gambar fail buku perpustakaan di rak-rak. (Gambar: NLB)

SINGAPURA: Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) akan mengadakan edisi ke-10 Pengagihan Buku Besar-Besaran, di mana buku-buku lama diberikan secara percuma. Acara tahun ini merangkumi 60,000 buku, iaitu jumlah paling banyak setakat ini.

Acara di Plaza Bangunan Perpustakaan Negara itu melibatkan buku pelbagai genre, termasuk fantasi, fiksyen sains, misteri dan cereka dewasa. Terdapat juga buku-buku tentang kisah tempatan dan dari penulis Singapura.

Orang ramai boleh membawa pulang sehingga 10 buku setiap orang, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Mereka yang ingin sama-sama memupuk semangat membaca juga boleh menyumbangkan buku mereka di majlis tersebut. Pengunjung boleh menderma sehingga 50 buku dan ia tidak boleh mengandungi bahan agama, buku teks, majalah, laporan tahunan, DVD, CD, bahan AV dan barangan yang rosak atau usang.

Dalam satu kenyataan, Ng Cher Pong, Ketua Pegawai Eksekutif NLB, berkata: "Kami tahu ramai pengunjung kami masih menikmati sentuhan buku fizikal untuk membaca pada masa lapang. Oleh itu,acara Big Book Giveaway kami yang popular sangat dinanti-nantikan oleh ramai orang.

"Memandangkan ia ulang tahun ke-30 NLB dan sempena SG60, kami mahu menjadikannya lebih istimewa dengan menggandakan jumlah buku yang akan diberikan. Kami berharap acara ini, bersama-sama dengan inisiatif lain yang kami tawarkan di NLB, akan terus menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Singapura!"

Inisiatif lain oleh NLB sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30nya termasuk perpustakaan bergerak edisi Star Wars di Lapangan Terbang Changi, yang akan berlangsung sehingga 24 Januari tahun depan.

Big Book Giveaway 2025 akan diadakan di The Plaza, Bangunan Perpustakaan Negara pada 13 dan 14 Sep dari 10 pagi hingga 4 petang.

Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita