Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NLB bentang pelan induk 5 tahun

SINGAPURA: Sebuah koleksi surat khabar masa hadapan, aplikasi digital untuk meneroka Singapura dan perpustakaan inklusif yang pertama di negara ini.
 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Mar 2022 06:37PM Dikemas Kini : 05 Mar 2022 11:27PM

SINGAPURA: Sebuah koleksi surat khabar masa hadapan, aplikasi digital untuk meneroka Singapura dan perpustakaan inklusif yang pertama di negara ini.

Ini hanyalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan dalam pelan induk lima tahun Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Sebuah pameran di Dewan Parlimen memberi gambaran tentang perpustakaan pada masa hadapan.

Perpustakaan pertama yang inklusif di sini akan dibuka menjelang akhir tahun ini di Punggol.

NLB juga sedang mencuba penggunaan teknologi bantuan daripada Microsoft untuk membolehkan lebih banyak golongan masyarakat mendapat akses kepada bahan bacaan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi untuk mengimbas artikel dan mengenal pasti objek-objek.

Terdapat juga inisiatif yang menggunakan Realiti Tambahan (AR).

NLB juga sedang mengusahakan cara untuk membolehkan orang ramai meraih maklumat daripada koleksi arkibnya dari mana-mana sahaja.

Ini akan membolehkan anda untuk mendapatkan berita utama, maklumat serta video berkaitan tempat-tempat khas yang anda kunjungi apabila anda menghalakan sahaja kamera ke tempat tersebut.

Platform ini merupakan kerjasama bersama Amazon Web Services.

Semua itu sebahagian daripada pelan lima tahun NLB bagi menggalak orang ramai untuk menggunakan pelbagai bahan bacaannya.

Ini menyusuli corak dan permintaan para pengguna yang kian berubah, terutama sekali sewaktu pandemik COVID-19, menurut NLB.

NLB juga sedang berusaha untuk mencipta wadah pembelajaran, dengan memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) bagi menawarkan kandungan relevan buat para pengguna.

Sumber : CNA/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan