NKF sasar buka lebih banyak pusat dialisis, rancang naik taraf pusat sedia ada
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Channel NewsAsia)
SINGAPURA: Lebih banyak pusat dialisis akan dibina dalam masa beberapa tahun akan datang sedang profil penduduk Singapura semakin menua.
Bagi melakukannya, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) sedang mencari tapak-tapak baru di estet-estet matang.
Pada masa yang sama, pusat-pusat dialisis sedia akan dinaik taraf untuk menampung lebih ramai pesakit.
Pusat NKF Toa Payoh di Lorong 8 misalnya baru sahaja siap menjalani kerja-kerja peluasan.
Pusat dialisis masyarakat tertua di Singapura itu kini dapat menampung 168 pesakit dengan 28 stesen dialisis seperti Encik Kamis Rubaie, 73 tahun.
Beliau perlu menjalani sesi dialisis sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap sesi berjalan selama lima jam.
Mujur, Encik Kamis kini dapat melanggani pusat dialisis yang lebih dekat lagi dari flatnya itu.
"Pusat ini sudah dibuka dan beroperasi. Ia boleh menyediakan rawatan dialisis yang menyelamatkan nyawa bagi 168 pesakit di kawasan Toa Payoh dan penduduk di sini tidak perlu pergi jauh," kata Encik Saktiandi Supaat, Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan Toa Payoh.
Menerusi sumbangan S$2.2 juta, pusat itu juga mempunyai kerusi baru dan teknologi dialisis terkini, selain mampu menangani pandemik dengan adanya sistem penapisan udara.
NKF kini merancang untuk menaik taraf lagi 10 daripada 42 pusat dialisisnya selain membuka pusat-pusat baru.
Sebanyak enam pesakit didiagnos dengan kegagalan ginjal setiap hari.
Lantaran itu, NKF mahu meningkatkan pemeriksaan demi mengesan kes kegagalan buah pinggang pada peringkat awal.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.