Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NKF lancar inisiatif baru tingkatkan kesedaran kesihatan buah pinggang

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) hari ini (9 Jan) melancarkan satu inisiatif baru yang menggalak orang ramai melibatkan diri dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan buah pinggang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2021 09:39PM Dikemas Kini : 09 Jan 2021 09:44PM

SINGAPURA: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) hari ini (9 Jan) melancarkan satu inisiatif baru yang menggalak orang ramai melibatkan diri dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan buah pinggang.

Gerakan dipanggil 'Kidney We Care Movement' itu diperkenalkan sedang jumlah kes kegagalan ginjal terus meningkat.

Di Singapura, ada lebih lima kes baru setiap hari yang mana rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang diperlukan.

NKF mengikrarkan S$1 juta sepanjang tiga tahun depan untuk membiayai gerakan tersebut. Usaha yang akan dibiayai NKF termasuklah pameran dan kempen-kempen media sosial.

Yayasan itu juga berharap ia dapat membina lebih banyak sokongan sosial untuk para pesakit dan keluarga mereka.

"Kidney We Care" dilancarkan Menteri bagi Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, yang turut merasmikan pembukaan sebuah pusat baru di Yuhua.

Pusat itu dilengkapi dengan 21 stesen dialisis dan berupaya menjaga lebih 120 pesakit.

"Pada masa akan datang, banyak lagi yang harus kita lakukan dan boleh kita lakukan dengan pusat ini.

"Kita juga boleh mendekati kumpulan penduduk yang lebih luas untuk mula menyebarkan mesej bahawa cara terbaik untuk menjaga dan memberi masa depan yang cerah untuk keluarga adalah dengan menjaga kesihatan anda," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu. 

Sumber : CNA/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan