Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NKF gesa lebih ramai jalani pemeriksaan ginjal sedang jumlah kes terus meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Mar 2023 08:13PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 09:29PM
SINGAPURA: Lebih ramai orang digesa agar menjalani pemeriksaan ginjal Sempena Hari Ginjal Sedunia, yang jatuh pada Khamis (9 Mac).

Ini memandangkan jumlah kes kerosakan organ itu terus meningkat di Singapura, dengan lebih 300,000 penduduk mengalami penyakit ginjal yang kronik.

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) memberi amaran, mungkin terdapat lebih banyak kes penyakit ginjal yang belum dikesan.

Bagi Encik Mark Peter, 28 tahun, pemeriksaan buah pinggang kini dilakukannya setiap tahun. Ini selepas beliau mendapat tahu bapanya mengalami penyakit ginjal.

Beliau merupakan antara 300 penduduk yang menyertai program pemeriksaan ginjal anjuran NKF sejak setahun lalu.

Yayasan tersebut menggesa agar lebih ramai tampil ke depan untuk menyertai program tersebut, terutama mereka yang berisiko tinggi, umpamanya para pesakit kencing manis.

NKF berharap dapat bekerjasama dengan pemerintah untuk menjadikan pemeriksaan ginjal antara tunjang utama program pemeriksaan nasional.

Sementara itu, NKF akan terus bekerja rapat dengan pihak hospital dan klinik-klinik tempatan untuk menyebarkan kesedaran tentang pemeriksaan ginjal.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan