Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NKF bakal buka 2 lagi pusat dialisis; naik taraf cawangan Strathmore Ave

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) akan membuka dua lagi pusat dialisis dalam masa dua tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
NKF bakal buka 2 lagi pusat dialisis; naik taraf cawangan Strathmore Ave

Gambar: NKF

Diterbitkan : 19 Sep 2021 05:19PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 05:23PM

SINGAPURA: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) akan membuka dua lagi pusat dialisis dalam masa dua tahun mendatang.

Pusat Dialisis NKF di Strathmore Avenue juga menjalani peningkatan baru-baru ini.

Kerja-kerja peningkatan itu dijayakan dengan sumbangan S$1.3 juta oleh Persatuan Agama San Wang Wu Ti.

Pusat itu menyediakan 27 stesen dialisis dan mampu menerima hingga 162 pesakit sehari.

Ia juga menawarkan kumpulan sokongan online untuk membantu para pesakit mengawal tekanan menerusi meditasi.

Sebelum ini San Wang Wu Ti menaja empat pusat dialisis dan mendermakan 21 mesin dialisis kepada NKF.

Persatuan agama itu juga akan mengikrarkan S$2 juta untuk menaja sebuah lagi pusat dialisis baru.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menarik perhatian tentang peri pentingnya kerjasama antara pemerintah dengan dermawan swasta dalam sistem jagaan kesihatan Singapura.

"Sungguhpun pemerintah mampu memenuhi sebahagian besar keperluan rakyat, sering kali akan terdapat jurang yang perlu dipenuhi oleh usaha masyarakat tempatan dan akan sentiasa ada peluang bagi rakan-rakan tempatan, seperti San Wang Wu Ti, yang ingin tampil melakukan lebih daripada yang diminta masyarakat.

"Dan sebab itulah saya ingin melahirkan penghargaan kepada badan-badan rakan masyarakat seperti San Wang Wu Ti yang tampil untuk melakukan lebih daripada yang sepatutnya daripada rakyat biasa," luah Encik Chan.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan