Skip to main content

Singapura

Nira Nyertika dari TP dinobat johan keseluruhan Piala Suara Serumpun 2026

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Oct 2026 04:41PM Dikemas Kini : 06 Nov 2026 02:05AM
Nira Nyertika from Temasek Polytechnic crowned overall champion of Piala Suara Serumpun 2026
  • Nira Nyertika from Temasek Polytechnic emerged as the overall champion of PSS 2026 at the Mediacorp Theatre on Oct 10, beating 23 groups from 11 institutions.
  • The group also won the Women’s category for the first time since 2019, after months of training that became more frequent as the competition approached.
  • Iffah Nadirah Mohd Shukor won Best Lyrics (Female), aided by PSS workshops that taught the basics of syllables and rhyme with support from PA MESRA.
  • Judge Mohammad Soffian Harun said the interest shown by young participants indicated that the future of Singapore Dikir Barat remains bright, as the art form marks its 50th anniversary.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Kumpulan Nira Nyertika dari Politeknik Temasek (TP) berjaya merebut gelaran johan keseluruhan Piala Suara Serumpun (PSS) 2026 pada Sabtu (10 Okt), mengatasi 23 kumpulan lain daripada 11 institusi pengajian tinggi di Singapura.

Kumpulan itu turut menjuarai kategori Wanita, iaitu kemenangan pertama mereka dalam kategori tersebut sejak 2019.

Kemenangan itu diraih selepas berbulan-bulan menjalani latihan dan membuat persiapan.

"Kita mula berlatih beberapa bulan yang lalu dan ia bermula dengan dua latihan setiap minggu dan berdekatan dengan tarikh pertandingan ini, kita makin kerap ada latihan seperti setiap hari dalam seminggu dan walaupun ia sangat mencabar, saya rasa kita semua tidak berputus asa," kongsi anggota Nira Nyertika, Nayli Amani Muhammad Razli.

Kumpulan itu kini mahu meneroka lebih banyak ruang dalam seni Dikir Barat.

"Kemenangan ini akan mendorong kami untuk meluaskan lagi 'sempadan' seni Dikir Barat kepada genre-genre yang lain, ke budaya yang lain sambil juga mengekalkan asas seni Dikir Barat di Singapura," ungkap Tukang Karut kumpulan tersebut, Farrisyah Ilma.

BENGKEL GALAK PENULISAN PUITIS

Penulis seni kata Nira Nyertika, Iffah Nadirah Mohd Shukor, turut meraih anugerah Seni Kata Terbaik bagi kategori Wanita.

Iffah merupakan antara peserta yang mengikuti bengkel penulisan seni kata anjuran PSS.

Tahun ini merupakan kali ketiga bengkel tersebut diadakan untuk para peserta pertandingan, dengan sokongan PA MESRA.

"Melalui bengkel seni kata, saya rasa kita dapat mempelajari asas menulis seni kata dari sudut suku kata, rima dan sebagainya," kata Iffah.

"Saya juga menggalakkan rakan-rakan sebaya saya untuk menyertai dan juga cuba untuk menulis seni kata kerana tanpa seni kata, persembahan Dikir Barat itu tidak akan wujud," ujarnya lagi.

Untuk tema PSS 2026, 'Geluk Sakti', Iffah menghasilkan seni kata yang membawa mesej kesyukuran dan memilih genre jazz, yang menurutnya di luar zon selesa pasukannya.

Related article image
Iffah Nadirah Mohd Shukor (kiri), Nayli Amani Muhammad Razli (tengah) & Farrisyah Ilma (kanan) dari Nira Nyertika. (Gambar: BERITA Mediacorp/Athirah Karim)

MASA DEPAN DIKIR BARAT SG MASIH CERAH

Edisi ke-17 Piala Suara Serumpun berlangsung pada tahun Dikir Barat menyambut ulang tahunnya yang ke-50 di Singapura.

Melihat semangat dan prestasi kumpulan-kumpulan yang bertanding tahun ini, juri PSS 2026, Mohammad Soffian Harun, percaya masa depan seni Dikir Barat di Singapura masih cerah meskipun pernah timbul kerisauan mengenainya sebelum ini.

"Sejujurnya, saya rasa banyak pendikir yang mapan mungkin ada juga kerisauan tentang masa depan Dikir Barat tapi saya rasa, Alhamdulillah, anak-anak muda generasi sekarang ini ramai juga yang berminat Dikir Barat. Jadi saya rasa kemungkinan harapannya masih cerahlah," katanya.

Related article image
Juri PSS 2026, Mohammad Soffian Harun. (Gambar: BERITA Mediacorp/Athirah Karim)

Piala Suara Serumpun 2026 berlangsung di Teater Mediacorp dan disiarkan secara langsung menerusi meWATCH dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment pada Sabtu (10 Okt).

Bagi mereka yang terlepas siaran langsung, rakaman Piala Suara Serumpun 2026 akan ditayangkan pada 31 Oktober dan 1 November, jam 8.30 malam di Mediacorp Suria dan meWATCH.

Berikut senarai penuh pemenang PSS 2026:

Johan Keseluruhan: Nira Nyertika (Politeknik Temasek)
Lagu Juara Terbaik Pilihan Juri: Endang Ratiana (Politeknik Republik)
Lagu Karut Terbaik Pilihan Juri: Adiratna (Politeknik Ngee Ann)
Penggunaan Prop Terbaik: Adiratna (Politeknik Ngee Ann)

Kategori Wanita
Tok Juara Berpotensi: Adiratna (Politeknik Ngee Ann)
Tukang Karut Berpotensi: Ratiana Pekacah (Politeknik Republik)
Seni Kata Berpotensi: Intan Sujana (Institut Teknologi Singapura)
Awak-Awak Berpotensi: Intan Sujana (Institut Teknologi Singapura)
Paluan Berpotensi: Sri Ratu Wilmana (ITE Kolej Barat)
Tok Juara Terbaik: Endang Ratiana (Politeknik Republik)
Tukang Karut Terbaik: Endang Ratiana (Politeknik Republik)
Seni Kata Terbaik: Nira Nyertika (Politeknik Temasek)
Awak-Awak Terbaik: Endang Ratiana (Politeknik Republik)
Paluan Terbaik: Nira Nyertika (Politeknik Temasek)
Persembahan Pembukaan Terbaik: Adiratna (Politeknik Ngee Ann)
Busana Terbaik: Nira Nyertika (Politeknik Temasek)
Tempat Ketiga: Endang Ratiana (Politeknik Republik)
Naib Johan: Ardwinda (ITE Kolej Tengah)
Johan: Nira Nyertika (Politeknik Temasek)

Kategori Lelaki
Tok Juara Berpotensi: Putra Adiwangsa (Politeknik Singapura)
Tukang Karut Berpotensi: Ardi Arjuna (ITE Kolej Tengah)
Seni Kata Berpotensi: Armada Aria (Institut Teknologi Singapura)
Awak-Awak Berpotensi: Adisiswa (Universiti Nasional Singapura)
Paluan Berpotensi: Betara Karisma (Politeknik Nanyang)
Tok Juara Terbaik: Sri Tri Buana (ITE Kolej Timur)
Tukang Karut Terbaik: Panjy Sry Temasek (Politeknik Temasek)
Seni Kata Terbaik: Wira (Politeknik Republik)
Awak-Awak Terbaik: Kemudi Wilmana (ITE Kolej Barat)
Paluan Terbaik: Ardi Arjuna (ITE Kolej Tengah)
Persembahan Pembukaan Terbaik: Ardi Arjuna (ITE Kolej Tengah)
Busana Terbaik: Nusa Sarjana (Universiti Teknologi Nanyang)
Tempat Ketiga: Ardi Arjuna (ITE Kolej Tengah)
Naib Johan: Wira (Politeknik Republik)
Johan: Kemudi Wilmana (ITE Kolej Barat)

Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita