Ninja Van pecat kira-kira 10% pasukan teknologi serantau
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: Syarikat logistik Ninja Van memberhentikan kira-kira 10 peratus kakitangan daripada pasukan teknologi di rantau ini.
Berikutan penilaian kos baru-baru ini, syarikat tersebut menentukan bahawa "kurang 10 peratus pasukan teknologi rantau ini tidak diperlukan lagi" kata jurucakap Ninja Van pada Selasa (30 Apr) kepada Mediacorp.
Ninja Van tidak mendedahkan jumlah kakitangan di Singapura dan serantau yang terjejas.
Walau bagaimanapun, jurucakap itu memberitahu Mediacorp bahawa kakitangan yang terjejas sudah menerima pakej sokongan.
Sebagai sebahagian daripada pakej tersebut, kakitangan yang terjejas diberi gaji sebulan. Bantuan mencari pekerjaan baharu juga disediakan.
Kakitangan yang terjejas juga mempunyai akses kepada aplikasi sembang syarikat dan pejabat sehingga hujung minggu ini. Mereka tidak perlu bekerja sehingga 31 Mei, iaitu hari terakhir rasmi mereka.
Tarikh akhir untuk membeli saham syarikat akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada setahun, kata jurucakap tersebut.
Insurans perubatan dan bantuan kesihatan mental juga dilanjutkan sehingga 30 Jun.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.