Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ninja Van lancar khidmat hantar barangan pada suhu terkawal

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Apr 2024 09:21PM Dikemas Kini : 09 Apr 2024 12:05AM
SINGAPURA: Syarikat logistik Ninja Van melancarkan khidmat rangkaian sejuk yang boleh menghantar barangan pada suhu terkawal seperti makanan dan ubat-ubatan.

Ia adalah sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk mempelbagaikan khidmatnya melangkaui e-dagang, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan baharu.

Produk seperti makanan laut beku boleh dihantar dari gudang terus kepada pelanggan menerusi kemudahan rangkaian sejuk baharu Ninja Van.

Ini bukan sahaja membuka aliran pendapatan baharu untuk pembekal, ia juga mengurangkan kos dan menyelaraskan proses.

Ninja Van menyatakan, ia mempunyai 1,000 kenderaan dan pemandu yang melakukan 100,000 penghantaran setiap hari.

Jika ia dapat memanfaatkan skala ini dan menambah penghantaran perniagaan kepada perniagaan atau B2B bagi penghantaran rantaian sejuk, kos tambahan bagi khidmat ini akan lebih rendah, tambah Ninja Van.

Seorang penganalisis berkata langkah melibatkan syarikat logistik pihak ketiga seperti Ninja Van adalah evolusi yang sangat diperlukan buat industri tersebut.

Demikian memandangkan platform e-dagang lain seperti Lazada dan Shopee sudah menubuhkan pasukannya sendiri untuk mengendalikan penghantaran barangan.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan