Nilai portfolio Temasek capai rekod baru S$403 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/ROSLAN RAHMAN
SINGAPURA: Temasek Holdings Singapura mencatatkan peningkatan hampir 6 peratus dalam nilai portfolionya kepada jumlah rekod S$403 bilion (A$297 bilion) dalam tempoh 12 bulan hingga Mac 2022 - kali pertama ia ia menjangkau S$400 bilion dirangsang keuntungan dalam syarikat tidak tersenarai dan firma yang berpangkalan di Singapura.
Prestasi portfolionya itu dicatat selepas firma pelaburan tersebut juga melaporkan pencapaian rekod dalam nilai portfolionya pada tahun sebelumnya.
Eksekutif Temasek, bagaimanapun, memberitahu sidang media pada Selasa (12 Jul) mereka menjangkakan kadar pelaburan akan menjadi perlahan disebabkan pertumbuhan ekonomi global yang rapuh.
Temasek disenaraikan dalam kalangan 10 pelabur terbaik di dunia, dengan 63 peratus pelaburannya tertumpu di rantau ini dengan kebanyakannya di Singapura dan China.
Pegangan utama Temasek dalam syarikat senaraian awam termasuk dalam Kumpulan Syarikat DBS, Singapore Airlines, China Construction Bank dan pegangan tidak tersenarainya terdiri daripada syarikat pemaju hartanah Mapletree Investments dan pengendali pelabuhan PSA International.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.