Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nilai-nilai sosial harus dibuktikan menerusi kata-kata dan tindakan: S Iswaran

Menteri Pengangkutan S Iswaran menyebut tiga cara untuk menggalak perbincangan yang lebih baik dalam masyarakat mengenai isu bangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai-nilai sosial harus dibuktikan menerusi kata-kata dan tindakan: S Iswaran

(Gambar: Facebook/S Iswaran)

SINGAPURA: Menteri Pengangkutan S Iswaran menyebut tiga cara untuk menggalak perbincangan yang lebih baik dalam masyarakat mengenai isu bangsa.

Ia termasuk belajar untuk menghormati pandangan yang berbeza, mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain serta dialog yang membina dan terus terang.

Beliau berkata demikian di satu seminar keharmonian yang dianjurkan secara maya oleh Jamiyah Singapura hari ini (17 Jul).

Seminar bertajuk "Arah tuju Keharmonian Kaum di Singapura: Apa lagi yang harus dilakukan?" dianjurkan sempena Hari Keharmonian Kaum pada 21 Julai 2021.

Ia disertai oleh rakan-rakan kongsi masyarakat Jamiyah dari pelbagai persatuan berbilang kaum dan agama.

Encik Iswaran berkata orang ramai patut mengambil pendirian tegas terhadap sikap perkauman.

Nilai-nilai sosial tambahnya mesti dibuktikan menerusi kata-kata dan tindakan.

"Kepelbagaian kaum merupakan tunggak asas negara kita. Usaha mencapai keharmonian kaum diterapkan dalam DNA negara kami, dengan wawasan bagi "rakyat yang bersatu padu, tidak kira apa bahasa, bangsa atau agama" dikekalkan dalam Ikrar Negara kita, dan dalam kata-kata pemimpin pengasas."

"Jalan menuju visi penyatuan dalam ikrar kita dipenuhi dengan cabaran. Usaha ke arah sebuah negara berbilang kaum tidak pernah mudah mahu pun sesuatu yang kita boleh ambil mudah.

"Walaupun dengan cabaran yang ada, atau mungkin disebabkan kerananya, penting bagi untuk terus tabah, berpegang teguh pada visi itu dan kekal di haluan ini."

Maka itu, beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk tidak membenarkan tindakan segelintir orang mencemari usaha baik yang dilakukan ramai orang.

Para pemimpin masyarakat dan pertubuhan tambahnya mesti menunjukkan cara dengan menggalak hubungan antara kumpulan-kumpulan berlainan manakala dialog harus melibatkan semua generasi dengan tujuan memperkukuhkan rasa saling percaya dan hormat antara satu sama lain.

Menyokong gagasan itu, Presiden Jamiyah Singapura Dr Mohd Hasbi Abu Bakar berkata sebarang percubaan oleh mana-mana individu atau kumpulan untuk memisahkan identiti bersama dalam masyarakat berbilang kaum Singapura harus ditangani dengan segera.

Sempena seminar itu, sebuah panel lima anggota terdiri berkongsi pandangan dan pengalaman mereka tentang keharmonian budaya, kaum dan agama di Singapura.

Mereka juga membincangkan usaha-usaha yang dilakukan untuk menangani insiden berbaur perkauman yang tular di media sosial kebelakangan ini.

Anggota panel itu termasuk Encik Ong Keng Yong, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Penyunting Media Sosial TODAY, Cik Bryna Sim, Pengarah Institut Training Vision Prof. Kirpal Singh, Setiausaha Agung Gerakan Berbudi Bahasa Singapura, Dr William Wan dan Pengarah Kanan Jamiyah Singapura, Prof Hussin Mutalib.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan