Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nilai dagangan 2 hala Singapura dan Arab Saudi cecah S$14 bilion pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Oct 2023 10:33PM Dikemas Kini : 18 Oct 2023 08:22AM
SINGAPURA: Singapura dan Arab Saudi mengesahkan lagi kerjasama dua hala.

Kedua-dua belah pihak menekankan faedah kerjasama dalam bidang-bidang yang saling menguntungkan, seperti keterhubungan dan inovasi.

Arab Saudi merupakan rakan dagang Singapura yang kedua terbesar di Timur Tengah.

Nilai perdagangan dua hala tahun lalu mencecah lebih $14 bilion, iaitu naik sekitar 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng kini berada di Arab Saudi bagi Mesyuarat Menteri Jawatankuasa Bersama Arab Saudi-Singapura.

Beliau turut menyaksikan acara menandatangani tujuh perjanjian di peringkat pemerintah dan swasta.
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan