Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nikmati perjalanan percuma di Laluan Thomson-East Coast Peringkat 3 esok

Anggaran Waktu Membaca:
Nikmati perjalanan percuma di Laluan Thomson-East Coast Peringkat 3 esok

Laluan Thomson-East Coast. (Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA))

SINGAPURA: Para penumpang boleh menikmati perjalanan percuma antara 11 stesen Thomson-East Coast (TEL) Peringkat 3 pada Jumaat (11 Nov) mulai pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam sebelum pembukaan rasmi laluan itu pada Ahad (13 Nov).

Memandangkan ia adalah acara sebelum pembukaan rasmi Peringkat 3 laluan kereta api itu, kereta api TEL hanya akan bergerak dalam "bulatan khusus" untuk membolehkan perjalanan percuma antara stesen MRT Stevens dengan stesen Gardens by the Bay.

"RAIL DAY OUT IN THE CITY"

Dalam acara "Rail Day Out in the City" pada Jumaat, para penumpang boleh memulakan perjalanan mereka di mana-mana 11 stesen TEL3, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (8 Nov).

Penumpang yang ingin mengakses laluan TEL3 daripada stesen MRT sedia ada, termasuk TEL1 dan TEL2, harus 'tap' keluar daripada stesen berkenaan dan menggunakan laluan yang disediakan untuk masuk ke stesen MRT baru untuk menikmati perjalanan percuma, tambah LTA.

Bagi mereka yang melakukan perjalanan antara Caldecott dan Stevens, sebuah bas ulang-alik percuma akan disediakan di antara kedua-dua stesen pada selang sepuluh minit.

Selain perjalanan percuma, akan ada beberapa aktiviti untuk meraikan acara pembukaan istimewa itu.

Para penumpang juga boleh meneroka prasarana dan ciri stesen yang unik, tempat perlindungan pertahanan awam dan tempat menarik di sekitar 11 stesen.

Mereka juga boleh ambil bahagian dalam permainan dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Maskot "Thoughtful Bunch" LTA juga akan membuat persembahan di atas pentas.

MEMANTAU PERUBAHAN DALAM CORAK PERJALANAN

LTA menyatakan akan memantau sebarang perubahan dalam corak perjalanan, terutama sekali bagi khidmat bas yang serupa dengan TEL dan membuat pelarasan jika perlu untuk "mengoptimumkan rangkaian" dan mengagihkan semula sumber ke kawasan lain yang memerlukan.

LTA menambah ia akan memperkasa hubungan antara jarak pertama dengan akhir laluan stesen MRT baru jika perlu.

Apabila TEL3 memulakan perkhidmatan pada Ahad (13 Nov), kereta api akan beroperasi dari stesen MRT Woodlands North ke stesen Gardens by the Bay selang lima minit pada waktu sibuk dan enam minit pada waktu tidak sibuk, menurut LTA.

LTA dan SMRT akan terus memantau muatan kereta api dan akan membuat pelarasan yang diperlukan berdasarkan keperluan operasi, tambahnya.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan