'Night Of Power' ajak masyarakat termasuk belia, manfaatkan Ramadan bagi pembaharuan rohani
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 2,000 jemaah berkumpul di Masjid Darul Makmur pada Sabtu (14 Mac) bagi acara 'Night Of Power'.
Acara tahunan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) selama sekitar dua jam itu mengajak masyarakat Melayu/Islam untuk merenungkan kepentingan Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
Semasa memberikan tazkirah di majlis itu, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir, menekankan kepentingan memanfaatkan malam-malam terakhir Ramadan untuk pembaharuan rohani dan transformasi peribadi.
Beliau juga berharap umat Islam tempatan dapat terus belajar sifat kesabaran dan pertumbuhan rohani selepas Ramadan.
Acara 'Night Of Power' tahun ini memberi tumpuan kepada nilai-nilai kesyukuran, murah hati dan bersedekah yang dapat diamalkan menerusi ibadah dan akhlak.
500 BELIA SERTAI CABARAN BELIA RAMADAN
Sekitar 25 peratus atau sekitar 500 daripada keseluruhan jemaah yang menghadiri acara 'Night Of Power' merupakan peserta Cabaran Belia Ramadan anjuran SalamSG.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim turut hadir bersama mereka di acara tersebut.
Cabaran Belia Ramadan yang merupakan inisiatif utama di bawah SalamSG, dijalankan serentak dari 14 hingga 15 Mac 2026 di empat daerah masjid iaitu Masjid Sultan (Selatan), Masjid Al-Mukminin (Barat), Masjid Ahmad Ibrahim (Utara), dan Masjid Al-Mawaddah (Timur).
Salah satu kegiatan di bawah program itu adalah untuk menghadiri acara 'Night Of Power' di Masjid Darul Makmur yang terletak di Yishun.

Dr Faishal sempat mengadakan sesi dialog bersama kira-kira 10 ketua belia dari empat daerah masjid itu untuk memahami cabaran dalam menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti masjid.
“Sungguh menggembirakan melihat ramai belia Muslim tampil sebagai pemimpin masyarakat pada malam-malam terakhir Ramadan. Saya bangga dengan usaha mereka yang menunjukkan kepimpinan sambil memperkukuh iman. Semoga semangat ini menjadi inspirasi kepada belia lain untuk memimpin dengan ikhlas, amanah dan penuh kesyukuran,” kata Dr Faishal.
Seorang pemimpin belia, Yaich Omar, 23 tahun, dari Masjid Darul Ghufran, berkata: "Belia mempunyai potensi besar untuk membawa perubahan positif melalui khidmat sukarela. Dengan berkhidmat di masjid, mereka bukan sahaja memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat, tetapi juga membina kepimpinan, tanggungjawab dan perwatakan diri
Selain menghadiri acara 'Night Of Power', para peserta Cabaran Belia Ramadan turut terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti pembungkusan habuan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) di Masjid Yusof Ishak.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.