NIEC akan berpindah ke Politeknik Ngee Ann mulai 2026
Rumah baharu bagi semua guru pendidikan awal kanak-kanak, yakni Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) akan ditempatkan dalam Politeknik Ngee Ann mulai 2026.
SINGAPURA: Rumah baharu bagi semua guru pendidikan awal kanak-kanak, yakni Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) akan ditempatkan dalam Politeknik Ngee Ann mulai 2026.
Ia sebahagian daripada usaha untuk menggalak lebih banyak perkongsian kemahiran dan kerjasama seluruh sektor berkenaan.
"Kami ingin menggalakkan semua guru pendidikan awal kanak-kanak supaya kerap pulang, berinteraksi, meraih kemajuan dan melakarkan perkembangan profesional mereka di NIEC.
"NIEC harus dijadikan pusat di mana semua orang berkumpul, berkongsi amalan terbaik dan saling menyokong satu sama lain walaupun di tengah-tengah waktu paling sukar," kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing di sidang NIEC pada Khamis (17 Okt).
Berkongsi visinya bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak, Encik Chan berharap sektor itu dapat terus meningkatkan kecekapannya dalam pelbagai bidang bagi menonjolkan pelbagai bakat kanak-kanak.
Encik Chan juga berkata perlu ada tumpuan terhadap perkembangan emosi sosial golongan muda baik dalam kajian mahupun praktis.
Encik Chan turut menyerubagi kerjasama lebih kukuh antara ibu bapa dan guru supaya mereka dapat lakukani yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.