Skip to main content

Singapura

NHG meterai perjanjian S$4 juta bagi program latihan possiswazah pertama

Ahli fisioterapi tempatan boleh mendapatkan tahap latihan lebih tinggi bagi menangani keperluan pemulihan lebih kompleks.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Oct 2025 06:50PM Dikemas Kini : 04 Nov 2025 12:21PM
SINGAPURA: Ahli fisioterapi tempatan boleh mendapatkan tahap latihan lebih tinggi bagi menangani keperluan pemulihan lebih kompleks.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi program possiswazah yang pertama di Singapura, khusus bagi kakitangan kesihatan bersekutu.

Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) memeterai perjanjian bernilai S$4 juta bagi membangunkan program tersebut.

Program itu diperkenalkan sedang para ahli fisioterapi kini merawat lebih ramai pesakit dengan masalah kesihatan seperti angin ahmar parah dan kecederaan otak traumatik.

Selain Program Tetap dan laluan program Sarjana selanjutnya, bengkel-bengkel bagi kakitangan jagaan kesihatan utama dan masyarakat juga akan diadakan.

Latihan itu akan menggabungkan pembelajaran di dalam kelas serta penyeliaan di tempat kerja.

"Kami melihat diri kami sebagai sekolah perubatan yang mampu menyumbang kepada usaha ini, sementara rakan klinikal kami menyediakan kepakaran kandungan bagi latihan fisioterapi.

"Kami dapat menyediakan kerapian akademik dari segi perancangan kurikulum dan penilaian, serta memastikan bahawa terdapat latihan yang mantap," kata Naib Dekan (Pendidikan), Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Faith Chia.

Ahli terapi masyarakat yang menyertai program baharu itu akan menjalani latihan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Mereka akan dibimbing oleh ahli fisioterapi kanan, serta didedahkan kepada kes-kes kompleks di institusi jagaan kesihatan awam.
Sumber : CNA/IQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita