NHG jalin kerjasama dengan ST Engineering, NTU bagi tingkatkan mutu rawatan
Sekitar 1.5 juta penduduk di kawasan tengah dan utara Singapura berpeluang meraih manfaat daripada projek teknologi kesihatan dan kecerdasan buatan (AI) baharu yang bertujuan meningkatkan mutu penjagaan serta akses.
Sistem bijak sedang dibangunkan untuk meramal permintaan pesakit serta mengurangkan kos pembedahan robotik.
Bagi memacu usaha tersebut, Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) memeterai dua kerjasama baharu yang memberi tumpuan kepada bidang AI, automasi dan pembedahan robotik.
Kerjasama lima tahun bersama ST Engineering melibatkan penerapan sistem bijak untuk menguruskan tenaga kerja dan sumber hospital dengan lebih baik, termasuk sistem AI di Hospital Tan Tock Seng.
Kerjasama itu juga akan menguji teknologi hijau yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 30 peratus.
Satu perjanjian berasingan dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU)
dan Cornerstone Robotics pula memberi tumpuan kepada penciptaan robot pembedahan agar prosedurnya lebih selamat, murah dan mudah diakses.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata: "Perubahan besar yang perlu kita lakukan bagi jagaan kesihatan hari ini adalah menyediakan sebanyak mungkin penjagaan, terutama pencegahan dan jagaan berterusan, melalui masyarakat.
"Kita boleh melakukannya dengan memanfaatkan teknologi, dengan mengubah tenaga kerja kita. Itulah strategi kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.