Skip to main content

Singapura

NHB tawar dana kepada golongan belia berhasrat anjur projek pamer warisan SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Oct 2023 09:31PM Dikemas Kini : 26 Oct 2023 10:13PM
SINGAPURA: Golongan belia kini boleh memohon dana jika mereka ingin menganjurkan projek-projek yang mempamerkan kekayaan warisan Singapura.

Lawatan berpandu, ceramah atau tayangan filem merupakan antara contoh kegiatan yang mungkin layak menerima geran sehingga S$7,000 itu.

Inisiatif tersebut hasil tinjauan online melibatkan sekitar 1,000 belia, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang usaha mengekalkan warisan negara.

Dana 'Youth Heritage Kickstarter' itu dilancarkan pada Khamis (26 Okt) bagi menggalak golongan belia menyumbang kepada usaha merancakkan serta mengekalkan ekosistem warisan Singapura.

Ia merupakan inisiatif bersama Lembaga Warisan Negara (NHB) serta Majlis Belia Kebangsaan (NYC).

Projek-projek yang layak boleh menerima dana sehingga 80 peratus daripada keseluruhan biaya projek tersebut, atau had maksimum sebanyak S$7,000.

Selain geran tersebut, pihak NHB dan NYC akan turut memberi sokongan kepada belia yang berminat, menerusi peluang menubuhkan rangkaian serta bimbingan mentor.

Ini bagi membangunkan kemahiran serta pengetahuan belia dalam melakar konsep serta menganjurkan projek berkaitan warisan.
Sumber : CNA/AI/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita