Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NHB pelawa orang ramai sumbang idea kepada Pelan Warisan SG Kita 2.0

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mempelajari asal usul kedai kopi di kejiranan atau menampilkan daya kreatif di sebuah pusat kraf tangan di Armernian Street.

Itulah antara buah fikiran yang sedang dipertimbangkan Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam Pelan Induk Warisan seterusnya.

Anda boleh memberikan pandangan secara online atau peribadi mulai hari ini (29 Jul) hingga 30 November.

"Pelan Warisan Kita yang pertama telah membina asas yang kukuh bagi kita meneruskan lagi usaha untuk mengembangkan sektor ini dalam masa lima tahun akan datang.

"Untuk langkah selanjutnya, kita inginkan seberapa ramai rakyat Singapura untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai apa yang mereka ingin lihat dalam sektor ini kerana sememangnya, warisan itu adalah milik kita semua," kata Penolong Pengarah Kanan bagi Perhubungan Strategik dan Digital NHB, Cik Hasnita Abdul Majid. 

Maklum balas yang diterima akan membantu menangani isu seperti penggunaan teknologi untuk mendekatkan masyarakat dengan khazanah negara.

Selain inovasi, orang awam juga dipelawa untuk menyumbang pendapat tentang pelibatan masyarakat dalam memelihara budaya.

Antara idea yang dikemukakan adalah mengajar seni kraftangan kepada para belia dan mendirikan muzium kecil di kejiranan.

Tumpuan juga akan diberikan kepada isu identiti dan industri. Ini bermakna kerjasama mungkin ditingkatkan dengan seniman tempatan serta menerapkan hasil seni tempatan pada barang-barang.

Untuk memudahkan proses mengumpul maklum balas, rakyat Singapura boleh menggunakan portal online interaktif atau mengunjungi kiosk-kiosk di tempat-tempat budaya.

Pelan Induk Warisan berikutnya akan dirasmikan tahun depan.

Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan