NHB lancar pelan induk baru; hulur lebih banyak sokongan kepada seniman tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura diharap memiliki lebih sikap pemilikan kepada budaya dan warisan tempatan.
Ia adalah sebahagian daripada pelan induk baru Singapura dalam meraikan sejarah, melabur dalam warisan serta meningkatkan sektor muzium tempatan.
Kawasan Katong dan Joo Chiat terkenal dengan bangunan yang berwarna-warni serta kompleks.
Lembaga Warisan Negara (NHB) ingin membantu masyarakat di Singapura untuk menceritakan kisah-kisah di sebalik bangunan-bangunan ikonik tersebut.
Kerjasama dengan kumpulan relawan kawasan itu akan menyaksikan lebih banyak pameran jalanan, bazar dan lawatan berpandu diadakan.
Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tiga lagi kawasan kejiranan bakal mendapat suntikan yang sama.
Pelan itu juga mengambil kira sekitar 72,000 idea dan saranan orang awam.
"Kami sentiasa memastikan rakyat dan masyarakat kami yang istimewa sebagai tumpuan utama dalam rancangan kami dan usaha kami melindungi warisan kita. Mentelah lagi, warisan, sejarah dan khazanah kami semuanya mengenai rakyat Singapura dalam masyarakat kita," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong.
NHB juga mendapatkan golongan rakyat Singapura yang muda untuk mencipta hala tuju mereka sendiri demi mengukuhkan lagi pelibatan mereka.
Pelan induk itu membina atas kejayaan baru-baru ini dalam meletakkan warisan negara di mata dunia serta usaha menginovasikan pengalaman di muzium.
Ini seperti lawatan muzium khas yang akan membawa para pengunjung ke tahun 1887.
Pelan Warisan itu juga meliputi lebih banyak sokongan bagi para seniman dengan harapan identiti negara akan terus hidup agar dapat memberi inspirasi kepada generasi masa depan.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.