Skip to main content

Singapura

NHB kemaskini penanda tapak bersejarah Perang Dunia II dalam 4 bahasa rasmi, Jepun

Lembaga Warisan Negara (NHB) akan mengemas kini tugu penanda Perang Dunia Kedua bagi memaparkan empat bahasa rasmi Singapura serta bahasa Jepun, menurut lembaga itu dalam satu catatan Facebook hari ini (22 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
NHB kemaskini penanda tapak bersejarah Perang Dunia II dalam 4 bahasa rasmi, Jepun

Petikan skrin gambar Taman Pantai Changi. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 09:28PM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 09:38PM

SINGAPURA: Lembaga Warisan Negara (NHB) akan mengemas kini tugu penanda Perang Dunia Kedua bagi memaparkan empat bahasa rasmi Singapura serta bahasa Jepun, menurut lembaga itu dalam satu catatan Facebook hari ini (22 Feb).

Langkah itu diambil selepas mantan menteri ehwal luar George Yeo membangkitkan perkara itu di laman Facebooknya pada awal bulan ini.

Dalam catatannya pada 4 Februari, Encik Yeo berkata beliau berasa 'kecewa' melihat tugu Sook Ching di Pantai Changi tidak lagi memaparkan empat bahasa rasmi dan bahasa Jepun tetapi sebaliknya hanya bahasa Inggeris.

"Malam tadi, Pak Marty (mantan menteri luar Indonesia Marty) Natalegawa dan saya berjalan-jalan di Pantai Changi dan saya mahu menunjukkan beliau tugu yang dibangunkan pada 1992, iaitu sempena memperingati 50 tahun kejatuhan Singapura, Sook Ching dan kejadian pembunuhan di Pantai Changi," kata Encik Yeo.

Tugu itu pada asalnya 'sengaja' memaparkan empat bahasa rasmi Singapura dan bahasa Jepun di bahagian bawahya, kata Encik Yeo, "kerana adalah penting juga untuk rakyat Jepun mengetahui sejarahnya".

"Saya amat kecewa mengetahui bahawa tugu itu digantikan dengan sebuah tugu yang hanya memaparkan tulisan dalam bahasa Inggeris," katanya.

Langkah itu "secara sengaja memperkecilkan genom kebudayaan kita," tambahnya.

Mengucapkan terima kasih kepada Encik Yeo atas maklum balasnya, NHB menyatakan pihaknya akan mengemas kini reka bentuk tugu penanda peperangan itu.

"Perang Dunai Kedua adalah sebahagian penting daripada sejarah Singapura," menurut NHB.

"Memandangkan ia mempunyai kepentingan istimewa, kami bersetuju dengan Encik Yeo bahawa melengkapkan penanda tapak bersejarah dalam empat bahasa rasmi serta bahasa Jepun akan membolehkan rakyat Singapura dan para pengunjung untuk mengenang dengan lebih baik bagaimana sejarah peperangan membentuk Singapura dan rakyatnya."

NHB menambah bahawa ia bermatlamat mengimbangi antara menyediakan bahan yang berfaedah kepada pembaca sambil mengambil kira "pertimbangan praktikal" seperti memudahkan pembacaan.

NHB juga akan meninjau pelbagai cara seperti memanfaatkan teknologi untuk menyediakan lebih banyak maklumat mengenai tapak-tapak bersejarah Singapura bagi para pengunjung.

Secara berasingan, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu berkata beliau menyokong keputusan NHB untuk mengemas kini penanda-penanda tapak bersejarah itu.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita