Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NHB adakan muzium mini di 11 kedai merata Chinatown

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2022 11:03PM Dikemas Kini : 15 Sep 2022 11:07PM
SINGAPURA: Orang ramai boleh mengunjungi pelbagai muzium kecil di 11 kedai di kawasan Chinatown yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, mulai Khamis (15 Sep).

Ia sebahagian daripada program Galeri Warisan Sudut Jalan Lembaga Warisan Negara (NHB).

Pelbagai artifak dipilih sendiri oleh pemilik kedai yang bekerjasama dengan NHB untuk mengatur dan mempamerkannya.

Perniagaan yang terlibat juga mendapat geran S$1,000 bagi menganjurkan aktiviti berdasarkan sejarah dan warisan mereka.

Muzium mini serupa juga akan diadakan di Geylang Serai tahun depan, iaitu kawasan kelima dan terakhir sebelum NHB mengumpul maklum balas daripada perniagaan-perniagaan tersebut.

Menurut Norsaleen Salleh, Timbalan Pengarah, Pendidikan & Mendekati Masyarakat NHB, salah satu pelajaran utama yang dapat diraih daripada pameran muzium tersebut adalah bagaimana warisan tersebut menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda pemilik perniagaan.

Lebih-lebih lagi, terdapat peniaga yang berkongsi bagaimana skim tersebut mendalamkan penghayatan mereka terhadap amalan perniagaan tradisional dan mengukuhkan azam mereka untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka, tambahnya lagi.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan