Ng Eng Hen ucap tahniah atas pelantikan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth
Menteri Pertahanan Ng Eng Hen (kiri) dan Setiausaha Negara Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth (kanan). (Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)
Menulis di Facebook, Dr Ng turut berkongsi penghargaan Encik Hegseth atas perkongsian kukuh Singapura berdasarkan nilai dan kepentingan bersama.
"Sangat gembira dan satu penghormatan dapat berbicara dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth pada malam semalam. Saya mengucapkan tahniah kepadanya atas pelantikannya, namun turut mengiktiraf tanggungjawab yang dipikulnya bagi tentera Amerika dengan kehadiran dan pengaruh globalnya.
"Setiausaha Hegseth meluahkan penghargaan atas perkongsian kukuh Singapura berdasarkan nilai dan kepentingan bersama; serta sokongan dan usaha kami memudahkan pemerolehan aset mereka bagi Pangkalan Udara Paya Lebar dan RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi."
Dalam pada itu, Dr Ng turut mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang kukuh bersama Amerika, dengan penghargaan atas peluang latihan yang diberikan kepada tentera Singapura di negara itu.
"Sama-sama, kami mengesahkan hubungan pertahanan dua hala yang kukuh dan berikrar untuk meningkatkan kerjasama demi manfaat bersama dan kestabilan serantau."
Dr Ng juga mengalu-alukan Encik Hegseth untuk melakukan lawatan ke Singapura, dan bagi menghadiri Dialog Shangri-La.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.