Skip to main content

Singapura

Ng Eng Hen tegaskan komander hanya boleh jalankan hukuman yang sudah ditetapkan

Latihan jasmani dan hukuman tidak bersifat fizikal boleh dijalankan para komander Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mendisiplinkan para askar yang berkelakuan kurang baik dan tidak mengenakan pakaian seragam yang sesuai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ng Eng Hen tegaskan komander hanya boleh jalankan hukuman yang sudah ditetapkan

Anggota askar melakukan latihan jasmani dalam seragam baru. (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 11:06PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 11:09PM

SINGAPURA: Latihan jasmani dan hukuman tidak bersifat fizikal boleh dijalankan para komander Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk mendisiplinkan para askar yang berkelakuan kurang baik dan tidak mengenakan pakaian seragam yang sesuai.

Dalam jawapan bertulisnya hari ini (10 Sep), Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menyatakan bahawa latihan jasmani dalam bentuk tekan tubi (push-up), bangun tubi (sit-up), atau berbaris, serta hukuman-hukuman lain yang tidak berunsur fizikal seperti tugasan tambahan dan pengurungan pada hujung minggu, adalah bentuk disiplin yang ditetapkan dalam Arahan Tenaga Manusia Bersama SAF.

Arahan itu juga memperuntukkan jumlah pengulangan yang dibenarkan bagi senaman-senaman tertentu, jumlah dan durasi tugasan tambahan atau pengurungan, dan pangkat komander yang dibenarkan menjalankan hukuman-hukuman itu.

Dr Ng mendedahkan demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Dennis Tan, yang bertanya jika hukuman fizikal terhadap para anggota perkhidmatan negara berbentuk latihan jasmani atau latihan berbaris masih dibenarkan dalam SAF.

"Kakitangan SAF yang menjalankan hukuman yang tidak diluluskan, atau sengaja melanggar peraturan keselamatan latihan, sudah ditangani dan didakwa dalam SAF atau didakwa di Mahkamah Negara," tambah Dr Ng.

Pada Julai, Encik Tan juga menanyakan Dr Ng jika sebarang bentuk 'ragging' dibenarkan dalam SAF.

Menteri Pertahanan itu kemudian berkata bahawa hukuman tidak rasmi dalam bentuk latihan fizikal tambahan dibenarkan dalam SAF selagi ia menuruti garis panduan yang ditetapkan. Hukuman-hukuman yang dikenakan juga perlu setara dengan pangkat para komander.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita