Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ng Chee Meng akan 'terus menyumbang' kepada PAP; bimbing 3 muka baru

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mantan Menteri Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng akan terus menyumbang kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di mana saja beliau diperlukan, menurutnya pada Selasa (29 Mac). 

Ini selepas PAP pada Ahad (27 Mac)  memperkenalkan tiga muka baru - Profesor Madya Elmie Nekmat, Cik Theodora Lai Xi Yi dan Encik Ling Weihong - sebagai pengerusi cawangan di GRC Sengkang. 

Dr Lam Pin Min akan terus memimpin pasukan PAP di kawasan undi itu. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan PAP bagi GRC Sengkang semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020). 

Pasukan itu termasuk Encik Ng Chee Meng, mantan Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin dan Encik Raymond Lye. 

"Saya komited untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura dan Singapura. Walau apa pun keadaannya, saya akan terus menyumbang kepada parti ini jika perlu," menurut Encik Ng, yang juga merupakan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC). 

"Yang paling penting bagi saya adalah untuk membawa perbezaan yang bermakna kepada kehidupan para penduduk yang saya berkhidmat, dalam apa jua kapasiti." 

Pada GE2020, Parti Pekerja (WP) memenangi GRC Sengkang setelah meraih 52.12 peratus undi berbanding 47.88 peratus yang diperolehi oleh PAP. 

WP terdiri daripada Cik He Ting Ru, Profesor Madya Jamus Lim, Encik Louis Chua dan Cik Raeesah Khan. 

Cik Raeesah meletak jawatan daripada WP dan mengosongkan kerusinya setelah mengaku berbohong di Parlimen pada tahun lalu. 

Menurut para penganalisis politik pada Isnin (28 Mac), PAP mungkin akan mengerahkan Encik Ng dan Encik Amrin ke kawasan undi lain pada pilihan raya akan datang. 

Encik Ng kini akan berkhidmat sebagai penasihat kepada pasukan PAP di GRC Sengkang, manakala Encik Amrin dan Encik Lye "akan membantu menyelia peralihan pasukan PAP di Sengkang bagi memastikan ia terus menyediakan khidmat kepada para penduduk Sengkang," menurut parti tersebut pada Ahad (27 Mac). 

Dalam catatan Facebooknya pada Ahad (27 Mac), Encik Ng turut mendedahkan bahawa tempoh selama tujuh tahun berkhidmat di GRC Pasir Ris-Punggol dan Sengkang merupakan "bahagian penting" dalam "misinya untuk berkhidmat kepada para penduduk". 

"Saya berterima kasih kepada kawan-kawan dan para penduduk yang bekerja bersama saya dan saya berasa bangga atas pencapaian kita bersama. Semangat gotong-royong dan baik hati ramai penduduk Singapura membuat saya tersentuh dan tergerak hati untuk terus berkhidmat," katanya lagi. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan